-

Tuesday, July 17, 2012

Cerita Pendek: TUTUP BOTOL

TUTUP BOTOL

Osman dan Yusop merupakan kawan karib sejak kecil. Mereka fanatik permainan tutup botol. Sejak dari zaman sekolah lagi, mereka merupakan dua jaguh permainan ini dan sering berentap antara satu sama lain. Walaupun mereka merupakan musuh jika berentap tutup botol antara satu sama lain, mereka masih berkawan baik jika tidak bermain permainan ini. Malah dalam permainan beregu tutup botol, mereka merupakan pasangan yang paling hebat dan mantap.  Osman pernah berkata kat Yusop, kalau ada kejohanan tutup botol satu Malaysia, mereka pasti mengungguli semua acara. Yusop juga yakin dengan kata-kata Osman itu dan pernah juga berkata, ‘Kalau ada pertandingan macam tu, kite kena masuk! Janji?’ Osman membalas: ‘Owh yeah!!!’

Namun semenjak hari itu, langsung tiada kejohanan sebegitu rupa sehinggalah fenomena permainan tutup botol ini kian pudar dan tidak popular lagi. Selepas tamat zaman sekolah, Osman dan Yusop tidak lagi berkongsi minat yang sama dan masing-masing membawa haluan yang berbeza. Osman masih tegar bermain permainan tutup botol dan dilihat memperjuangkan permainan yang semain pupus di negara ini. Dia seringkali menulis surat kepada akhbar, persatuan kebudayaan dan mana-mana badan berkaitan untuk memberi idea supaya mereka mempromosikan kembali permainan tersebut namun tidak mendapat respon yang positif. Pelajaran Osman pula entah ke mana. Dia tidak sambung belajar di kolej atau universiti. Dia kini bekerja part-time di kedai makan Pak Brahim. Kadang-kadang jika ada kelapangan, dia bermain tutup botol bersendirian.

Yusop pula jauh berbeza jika dibandingkan dengan Osman. Dia kini menyambung pelajaran di sebuah universiti terkemuka Negara. Yusop seorang yang pandai dan bekerja keras. Disebabkan tumpuannya lebih fokus ke arah membina masa depannya yang berjaya, dia letak ke tepi semua benda yang membuang masanya, termasuklah bermain tutup botol. Dia jarang bermain tutup botol sejak masuk belajar unviersiti tapi kadang-kadang dia main diam-diam, itu pun secara senyap-senyap lepas tension belajar untuk exam, misalannya. Hubungan Yusop dengan Osman tidak akrab macam dulu tapi masih berhubungan. Yusop tahu perihal Osman dengan semangat tutup botolnya namun dia tidak menyokong usaha Osman. Malah Yusop beranggapan usaha Osman itu tak ada faedah dan buang masa.



Lima tahun berlalu, Osman masih tidak bekerja tetap. Dia masih bekerja sambilan di kedai makan yang lain pula. Bertukar-tukar. Masih taksub dengan perjuangan tutup botolnya. Yusop pula dah habis belajar dan kini sudah bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Yusop sudah tidak menyentuh atau ingat tentang permainan ‘budak-budak’ itu lagi. Yusop akan berkahwin lagi sebulan. Persahabatan Osman dan Yusop pula yang kini kelihatan semakin pupus. Semakin jarang berlepakan dan berhubungan antara satu sama lain.

Pada suatu hari, Osman ternampak satu iklan tentang kejohanan tutup botol Selangor. Osman sungguh gembira dengan khabar ini. Akhirnya ada juga orang yang kisah dengan permainan sebegini. Osman memeriksa pada iklan itu siapakah yang menganjur pertandingan tersebut. Setelah diteliti, ia dianjur oleh sebuah badan NGO alam sekitar negara. Osman teringat yang dia pernah menulis surat kepada badan ini suatu ketika dahulu dalam usahanya mempromote permainan tutup botol. Akhirnya mereka ‘dengar’ rintihan hati Osman. Tak tahulah samada  badan NGO ini dengar atau ia berlaku secara kebetulan, sebab mereka tidak pernah membalas surat Osman tu, tapi Osman bersyukur permainan popular yang semakin pupus ini diketengahkan kembali pada zaman moden ini. Osman mahu join pertandingan ini. Osman kemudian perasan ada kategori beregu, dan dia mendapat idea. Dia mahu mengajak Yusop! Yusop pernah berjanji dengannya untuk masuk apa-apa pertandingan tutup botol satu ketika dahulu. ‘Inilah masanya untuk kami menakluk dunia!’

Dua hari kemudian, Yusop dan Osman akhirnya bertemu di sebuah kedai kopi. Osman ada menelefon Yusop untuk bertemu dengannya. Kata Osman ada hal penting. Oleh kerana, Yusop selalu sibuk dengan kerjanya, dia meminta Osman datang berjumpa dengannya di kedai kopi itu semasa makan tengahari kerana itu sahajalah masa yang dia ada untuk berjumpa dengan Osman. Itupun untuk sekejap sahaja kerana selepas itu, pada masa lunch dan di kedai kopi itu jugalah, Yusop akan ber-meeting dengan seorang client untuk urusan kerja. Jadi Osman ada masa sekejap sahaja untuk bertemu dengan kawan baiknya itu.

Osman sampai dahulu di kedai itu dan menunggu Yusop. Yusop lewat lima belas minit tapi Osman tak kisah. Malahan dia gembira dapat bertemu Yusop akhirnya setelah sekian lama. Selepas berjabat tangan dan berpelukan, Yusop meminta Osman terus mengatakan hasratnya berjumpa Yusop sebab lepas ni ada meeting orang lain. Osman faham dan menceritakan tentang kejohanan tutup botol tersebut yang akan berlangsung bulan depan. Yusop kelihatan tension dengan kedegilan Osman yang masih tergila-gila tentang tutup botol. Yusop menolak perlawaan untuk menyertai Osman dan memarahi Osman sebab buang masanya. Osman tergamam dan berkata tentang janji mereka semasa kecil. Yusop bertambah bengang dan mengatakan Osman seperti budak-budak lagi dan tidak matang. Yusop menambah, hari kejohanan tutup botol itu sama tarikh dengan tarikh majlis akad nikahnya nanti.

Untuk menjaga hati kawannya itu, Yusop menjemput Osman untuk menghadiri majlis itu walaupun niat dalam hatinya dia tidak mahu menjemputnya sebab acara itu akan dihadiri oleh Dato-Dato dan VIPs, dan Osman hanyalah seorang… Osman sedih kerana mengetahui perihal Yusop akan berkahwin last minute. Dia langsung tidak mendapat sebarang jemputan daripada Yusop. Osman menerangkan yang dia telah mendaftar untuk menyertai acara beregu dalam kejohanan tutup botol itu nanti. Yusop bertegas dengan pendiriannya dan meminta Osman balik sebab clientnya baru sahaja memasuki kedai kopi berkenaan dan meeting akan bermula. Osman beredar dengan kecewa namun masih gembira dapat bertemu sahabatnya itu.


Meeting Yusop pada masa tu adalah dengan seorang bos syarikat besar. Nama dia William. Selepas duduk di kerusi yang sama diduduki Osman sebelum ini, William bertanya kenapa Yusop kelihatan penat dan seperti marah. Yusop menjawab yang tadi dia ada berjumpa dengan kawannya yang cakap mahu berjumpa dengannya sebab ada urusan penting tetapi kawannya itu hanya mengajaknya untuk memasuki kejohanan yang membuang masa iaitu permainan tutup botol. William ketawa kecil. William menerangkan yang syarikatnya akan menganjurkan pertandingan tersebut setelah tertarik dengan seorang yang bernama Osman yang menulis surat kepada syarikatnya mengenai permainan tersebut. Yusop terkejut tapi adakah itu Osman yang sama? Kawannya? Oleh kerana Yusop tidak memberitahu lagi nama kawannya kepada William, Yusop mahu mengetahui lebih lanjut mengenai surat itu.

Yusop bertanya kepada William apa yang membuatkan William mahu menganjurkan acara yang mengenengahkan permainan lapuk budak kecik. William memberitahu dalam surat itu, Osman bersungguh-sungguh menceritakan tentang permainan tutup botol. Dia menerangkan kenapa permainan itu lebih daripada sekadar permainan. Osman menceritakan yang ianya mengeratkan persahabatannya dengan seorang kawan (yang tidak diketahui nama), ianya permainan tradisi yang lebih sihat daripada permainan moden masa kini dan lain-lain lagi. William berkata, Osman bercerita tentang persahabatannya dengan kawannya itu lebih panjang daripada benda lain dalam surat itu. Itu yang membuatkan William terharu dan mendapat idea untuk memberi nafas baru kepada permainan tutup botol yang rasanya tidak diketahui oleh majoriti anak muda masa kini. Permainan seperti  tutup botol inilah yang lebih banyak kebaikannya daripada kebanyakan permainan moden yang lain. William berharap dengan penganjuran kejohanan permainan sebegini, dengan tajaan hadiah yang lumayan, ramai orang tidak kira muda atau tua akan membuatkan tradisi main tutup botol ini terus hidup. Yang muda akan berjinak-jinak manakala yang veteran akan mengembalikan nostalgia lama bermain permainan ini.

‘Eh, awak okay ke, Yusop?’ Tanya William. Yusop kelihatan tersenyum sambil mengesat air mata. Yusop berfikir yang selama ini memang murni niat Osman memperjuangkan permainan yang memang lebih daripada sekadar permainan ini. Yusop akhirnya sedar, nilai persahabatan tidak boleh didapati dengan senang. Nilai persahabatan yang dihargai sangat jarang ditemui. Tambahan ia dipupuk oleh permainan tradisi yang sangat under-rated pada zaman moden ini. Tidak ternilai.

Setelah melayan emosi, Yusop dan William meneruskan perbicangan urus-niaga mereka.


Seminggu sebelum hari besar, kelihatan Osman sedang tekun bermain tutup botol. Dia kini sudah bersedia untuk kejohanan itu.

Seminggu sebelum hari penting, kelihatan Yusop sedang sibuk dengan urusan perkahwinannya. Yusop sibuk telefon orang tu, orang ni.

4 hari sebelum hari besar, kelihatan Osman sedang sibuk mengecat dan menghias tutup-tutup botolnya. Dia mahu koleksi tutup botol yang cantik untuk dipamerkan pada hari tersebut.

4 hari sebelum hari kahwin, kelihatan Yusop sedang tension memeriksa baju kahwin, hantaran-hantaran, venue. Yusop sibuk telefon orang tu, orang ni.

Sehari sebelum hari kejohanan tutup botol, kelihatan Osman tenang duduk di atas katilnya. Berdoa sesuatu. Dia berharap agar segala-galanya berjalan lancar pada hari esok.

Sehari sebelum majlis akad nikah, kelihatan Yusop seperti tidak tenang memikirkan banyak benda. Masih menelefon orang tu, orang ni.

Hari besar buat Osman dan Yusop. Pejuang permainan tutup botol dan bakal raja sehari.


Suasana panik di majlis akad nikah Yusop dan gadis pilihannya. Bakal isteri ada, family dua-dua belah ada, tetamu ada, yang tak dijemput pun ada, Tok Kadi ada, saksi-saksi ada. Yusop yang tak ada. Semua kelihatan cemas. Ada yang pengsan. Yang tak dijemput pun ada yang pengsan. Namun, tunang Yusop tenang sahaja. Dia hanya tersenyum. Dia tahu ke mana menghilangnya Baby Yusop.


Akhirnya Yusop sampai di venue pertandingan tutup botol tersebut. Yusop buat keputusan untuk datang juga menyertai Osman dalam acara beregu tersebut. Keputusan last-last minute. Dia berasa dia sangat zalim tidak menjemput Osman ke majlis kahwinnya. Jadi dia mengambil keputusan tersebut semasa sibuk memakai baju melayu nak nikah kejap lagi.  Yusop memberitahu tunangnya tentang perkara tersebut. Tunangnya faham. Majlis akad nikah boleh ditangguh, tekad Yusop. Sudah lama Yusop memberitahu gelisah hatinya kepada tunangnya tentang Osman. Sejak dari pertemuan dengan Osman di kedai kopi tu lagi. Malah tunangnya menasihatkan agar Yusop membuat keputusan yang terbaik dan pada masa yang sama tidak menyakitkan hati Osman, kawan karib sejak kecilnya itu. Namun Yusop berbelah bahagi dan tidak tahu nak buat apa. Sehinggalah pada masa disolek mak andam…

Kini, Yusop yang lengkap berpakaian baju melayu bersampin bagai bergegas ke arah  kaunter pendaftaran sebab lagi 3 minit pendaftaran peserta nak tutup. Sempat lagi ni, kata Yusop dalam hati. Tunggu aku, Osman. Setelah sampai di meja kaunter, ramai orang di sekelilingnya yang ketawa dan tersenyum melihat pakaian Yusop. Ada yang bersorak sebab ingatkan Yusop sangat bersemangat bermain tutup botol sampai berpakaian sedemikian. Yusop tidak kisah. Dia bertanya kepada orang yang jaga kaunter tu tentang status penyertaan Osman. Yusop beranggapan Osman mesti masuk juga kejohanan itu disebabkan keinginan mendalamnya untuk menyertai pertandingan ini sejak dari kecil.

Tiada nama Osman, kata pakcik kaunter tu. Yusop terkejut. Aik. Dia mengeluarkan telefon. Switch on balik sebab tak mahu terima panggilan daripada orang yang sibuk mencarinya sebab hilang di majlis kahwin, lalu mendail nombor Osman.

Ada orang menjawab. Osman.

Yusop menerangkan yang dia berada di venue pertandingan itu.

Osman menjawab, ‘Laaaaaaa… apsal kau kat situ? Patutla aku carik-carik kau tak jumpa.’

‘Kau kat mana?’ Yusop bertanya.

‘Aku kat hall tempat kau nak akad nikah ni la, bengap.’ jawab Osman. ‘Aku tak jadi join pertandingan tu sebab aku nak kacau kau punya akad nanti la. Haiyo!’

Mereka ketawa. Yusop tersenyum lebar.

‘Cepat balik sini, Sop. Dah ramai orang sibuk tanya Farah pasal kau. Kesian aku tengok dia kena serang. Patutla muka dia tenang semacam kau hilang.’ Ujar Osman.

‘Okay.’ Yusop membalas dan menamatkan perbualan. Dia tersenyum sebentar sambil melihat peserta-peserta pertandingan tutup botol yang sudah mengambil tempat. Begitu ramai orang yang menyertai. Ramai anak muda dan tidak kurang ramai juga yang veteran-veteran. Meriah sekali kejohanan hari ini. Matlamat Osman, Best Friend Forever aku dah tercapai dengan jayanya. Tabik sama kau, Osman!


Di dewan yang masih panik dan gempar itu, Osman berdiri tersenyum melihat suasana hingar bingar. Dia menanti sahabatnya kembali.

‘Cepatlah sikit, Sop. Aku nak bagi hadiah ni direct kat tangan kau.’ Kata Osman dalam hati.

Osman merujuk kepada bungkusan hadiah yang dijinjingnya sejak tadi. Hadiah kahwin buat Best Friend Forevernya, Yusop. Di dalam bungkusan itu ialah kotak coklat Ferrero Roscher (betul ke ejaan ni?) yang berisikan beberapa buah tutup botol yang dia cat dan hias cantik-cantik sejak sebulan lalu, sejak hari yang dia tahu yang Yusop akan berkahwin pada hari ini. Khas buat teman tutup botol... Yusop.


TAMAT


Terima kasih kerana sudi membaca. Thank you=)

No comments: