-

Tuesday, September 25, 2012

Kronologi Empat Juta: Part II

WATAK-WATAK:


Blizo – ketua geng gangster A yang baru
Amirah – anak gangster A

Shahid – ketua geng gangster B yang baru
Shahirah – anak gangster B

***

Shahid mahu merompak RM4 juta dari geng gangster A.
Shahid juga mahu membunuh kesemua ahli gangster A termasuk Amirah.
Blizo juga mahu membunuh kesemua ahli gangster B termasuk Shahirah.

Amirah dan Blizo menjalinkan hubungan cinta dalam senyap sejak dulu lagi.
Tapi Amirah mula bencikan Blizo sebab Blizo bunuh ayahnya.
Blizo tetap brjanji untuk melindungi Amirah dari ancaman bahaya jika geng A diserang.

Shahid mengugut Shahirah supaya tidak berbuat apa-apa terutamanya berkenaan ayahnya yang dibunuh Shahid.
Shahid mengurung Shahirah di markas geng B.
Shahirah mesti melepaskan diri daripada kurungan itu untuk menyelamatkan Amirah.

***

Di markas geng A terdapat seorang ahli geng muda bernama Rahim.
Dia mahu melarikan diri dari geng itu kerana tidak tahan lagi dijadikan anjing geng A.
Blizo dan Rahim tidak sependapat dan sering berselisih faham.
Setelah ketua geng A dibunuh Blizo, Rahim buat keputusan untuk lari dari geng itu.

***

Sarah merupakan pelacur jalanan muda yang pernah dilanggan Blizo suatu ketika dahulu.
Sarah masih menulis nombor telefonnya di tandas lelaki yang ingin melanggannya.

***

Blizo mengambil keputusan menyimpan wang RM4 juta kepunyaan bekas ketua Gangster A di dalam sebuah bangunan sunyi di tengah-tengah ibu kota.
Blizo dan gengnya sudah bersiap sedia untuk menyerbu markas geng B.
Blizo mengarahkan ramai ahli gengnya, termasuk Rahim, untuk menyerbu markas geng B manakala Blizo dan beberapa ahli geng lain stand-by di markas mereka.

Shahid dan gengnya juga sudah bersiap sedia untuk menyerbu markas geng A pada hari dan masa yang sama.
Shahid sendiri mengetuai serbuan geng mereka ke markas geng A dan meninggalkan sedikit ahli gengnya untuk stand-by di markas mereka.

Ini peluang terbaik untuk Rahim melepaskan diri kerana dia akan berada jauh dari pemantauan Blizo.
Shahirah pula dalam bahaya.
Shahirah perlu melepaskan diri sebelum serbuan besar-besaran oleh geng A berlaku.

***

Rahim berpaling tadah semasa serbuan gengnya ke markas geng B dengan menelefon pihak polis dan memaklumkan mereka tentang serbuan yang bakal berlaku itu.
Rahim berjaya melarikan diri diam-diam manakala kesemua ahli geng A dan B yang lain ditembak mati oleh polis atau sesama mereka.
Shahirah juga berjaya melarikan diri diam-diam sebelum pertempuran tersebut berlaku.
Rahim dan Shahirah berselisih antara satu sama lain berdekatan dengan markas geng B yang sudah dikepung polis namun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

***

Di markas geng A, Shahid dan gengnya Berjaya menyerbu tempat itu seperti yang dirancang.
Namun kelicikan Blizo Berjaya mematahkan serangan tersebut dan Berjaya membunuh Shahid dan ahli geng B yang lain.
Amirah masih selamat di bawah pengawasan Blizo.

Blizo kemudian mengetahui tentang serbuan polis di markas geng B dan akhirnya tahu yang Rahim berpaling tadah dan khianati ahli-ahli geng A.
Blizo dan beberapa ahli gengnya yang masih ada berpindah markas.

Blizo kini tekad memburu Rahim.
Amirah masih berusaha untuk melepaskan diri dari Blizo.
Rahim masih dalam bahaya kerana Blizo kini memburunya.
Shahirah masih mencari jalan untuk menyelamatkan Amirah.
Sarah masih menunggu sesiapa yang mahu melanggan khidmatnya.


To be continued.
-adam
(26/9/2012)

***

No comments: