Kasim anak orang miskin. Pada suatu hari, dia berjalan-jalan
di tengah Bandar. Tiba-tiba, di suatu lorong yang gelap dan sunyi, Kasim
terjumpa sebuah beg berisi ribuan ringgit. Tiada siapa yang berada di situ
kecuali Kasim. Kasim tak tahu nak buat apa dengan beg itu. Kebetulan pada masa
yang sama, dia dalam keadaan yang amat memerlukan wang untuk membeli
ubat-ubatan ayahnya yang sedang sakit. Kebetulan pada masa yang sama, polis
sedang memburu Kasim kerana Kasim dituduh mencuri donat di beberapa kedai di
sekitar ibu kota. ‘Takkan aku nak bagi beg ni kat polis sebab nanti kompem aku
kena tangkap.’
Lima minit berlalu, akhirnya Kasim membuat keputusan untuk
membakar beg tersebut berserta kesemua wang berkenaan. Setelah menyalakan api
bagi sesi pembakaran wang ribuan ringgit tersebut, Kasim berambus dari situ. Kasim
sedar kalau mengambil wang tersebut walaupun seringgit nanti Tuhan murka. Biar
miskin, jangan ambil wang haram.
Keesokan harinya, ayah Kasim mati sebab ketiadaan ubat.
Kasim sedih dan separuh menyesal kenapa dia tidak mengambil sedikit sahaja wang
dari beg yang dibakar semalam. Namun dia pasrah dengan apa yang berlaku. Dia
sedar kematian ayahnya serta keterserempakan dengan beg berisi wang semalam
adalah satu rantaian ujian besar buat dirinya.
Pada suatu hari, Kasim ditangkap polis dengan kerjasama
pekerja kedai yang menuduhnya mencuri donat sebelum ini. Kasim dicampak ke
dalam lokap. Tiada siapa yang berada dalam lokap berkenaan kecuali Kasim. Pada
malam tersebut, Kasim bermimpi tentang beg duit tersebut di tempat yang sama.
Elok sahaja beg tu, tak ada rupa terbakar pun. Sesaat kemudian, muncul seorang
perempuan cantik yang tiba-tiba berada di sisi beg berkenaan. Wajahnya familiar
buat Kasim. Tersenyum sahaja kat Kasim. Lepas tu, Kasim terbangun dari tidur.
Kasim akhrinya dibebaskan dari lokap selepas polis
mengenalpasti pencuri donat sebenar setelah dimaklumkan oleh tuan punya kedai
donat. Tuan kedai donat tu memohon maaf kepada Kasim. Sebagai tanda minta maaf,
tuan kedai donat yg bernama Epal menawarkan pekerjaan kepada Kasim iaitu
sebagai tukang masak donat kat kedai dia.
Kasim terima.
Pada hari pertama Kasim bekerja di kedai donat Big Epal,
Kasim terserempak dengan wanita yang familiar yang datang berkunjung untuk
membeli donat. Itu wanita yang sama dalam mimpi Kasim semasa ditahan di lokap.
Perempuan itu tidak perasan kelibat Kasim yang berada di dapur dan akhirnya
beredar keluar dari kedai setelah selesai urusan jual beli donat. Kasim tak
buat apa-apa pun. Kasim bingung. ‘Siapa perempuan tu ye?’ Akibat kebingungan
tersebut, Kasim berhenti kerja. Epal menerima hasrat Kasim tapi berkata yang
dia sentiasa ‘buka pintu’ jika Kasim ingin kembali bekerja dengannya.
Keluar sahaja dari kedai tersebut, Kasim berjalan tanpa hala
tuju memikirkan gerangan perempuan berkenaan. Tanpa disedari Kasim melalui
lorong yang sama dia menemui beg berisi wang berkenaan. Kasim terkejut kerana…
…beliau sekali lagi menemui beg berisi duit di tempat yang
sama seperti dulu dan seperti dalam mimpi. Kecuali tiada perempuan di sisi beg
tersebut. Kasim cemas. ‘Kenapa terjadi lagi benda ni?’ ‘Beg apa sebenarnya ni?’
‘Wang ni datang dari mana?’ dan banyak lagi soalan bermain di fikiran Kasim.
Kasim nekad kali ini dia ingin membawa beg ini ke balai polis. Tambahan pula,
tiada apa yang perlu ditakutkan dengan polis kali ini.
Setibanya Kasim di balai polis berhampiran, tak sempat masuk
pintu balai, Kasim ternampak Epal di kaunter balai tersebut. Kasim berasa
pelik. Tanpa meneruskan langkah ke dalam balai, Kasim menyorok di sebalik
dinding balai untuk curi-curi dengar perbualan Epal dan seorang pegawai polis
di situ.
‘Budak tu curi donat saya! Lepas dia keluar dari kedai saya
sebab dia kata nak berhenti kerja, saya tak sedar satu donat saya da hilang.
Kompem budak Kasim jahanam tu yang curi!’
Jantung Kasim berdegup kencang. Perasaan pelik, cemas,
bingung… semua ada. Apa dah jadi pada dirinya. Kisah hidupnya seperti
berpusing-pusing pada litar yang sama. Benda yang sama terjadi tapi dalam cara
yang amat pelik. Kasim beredar cepat-cepat dari balai polis tersebut bersama
beg berisi duit itu.
‘Déjà vu?’ ‘Inception?’ Kasim jadi gila. Kasim, dalam
bingungnya, teringat perempuan di kedai donat dan dalam mimpinya. ‘Mungkin
dialah kunci untuk merungkai misteri ini!’ kata Kasim seorang diri dengan kuat.
Optimis. Kasim mahu mencari perempuan tersebut. ‘Kompem dia yang curik donat
kat kedai Epal tu. Mesti dia!!!’
‘Tapi beg ni, siapa punya? Kalau perempuan tu curik donat,
takkanlah dia tinggalkan beg duit ni merata-rata… hmm.. pelik. So beg ni mesti
bukan dia punya… AArgghh!’
Tiba-tiba, Kasim terbangun dari tidur…
Dia masih berada di dalam lokap polis.
Seorang pegawai datang kepadanya lalu berkata, “Kasim, awak
bebas. Bukan awak yang curi, tapi tauke
kedai donat tu cakap orang lain.”
Kasim tanpa berkata apa-apa, keluar dari lokap lalu bertemu
dengan Epal. Epal dengan dialog yang sama sebelum ini berkata dia minta maaf
dan menawarkan pekerjaan di kedai donatnya kepada Kasim. Kasim berkata, ‘Boleh
saya tahu siapa pencuri donat sebenar?’
Epal lalu membalas, ‘Saya tak tahu siapa. Dia masih bebas.
Dia baru pecah masuk kedai dan curi semua tepung nak buat donat kat kedai saya
semalam. Dan dia tinggalkan kertas bertulis, ‘Budak yang awak sumbat dalam
lokap tu tak bersalah.’’
Aik, macam mana dia kenal nama aku, Kasim tanya diri sendiri
dalam hati. Kasim akhirnya penat memikirkan perkara tersebut dan berkata kepada
Epal yang dia tidak mahu bekerja dengannya dan berterima kasih atas bantuan
yang ditawarkan. Kasim selepas keluar dari balai polis, terus menuju ke arah lorong
di mana dia menemui beg berisi wang misteri itu.
Sekali lagi dia menemui beg duit berkenaan. Kasim tidak
menyentuhnya. Kasim menjauhi beg itu dan beredar pergi. Kasim menyumpah dalam
hati, ‘Beg syaitan!’
-by: Adam (17/5/2012)
*banyak plot hole? takpe. kalau aku rajin, aku sambung tulis.
*banyak plot hole? takpe. kalau aku rajin, aku sambung tulis.
No comments:
Post a Comment