-

Sunday, May 27, 2012

Nombor Dalam Tandas (Ep. 01)


Rahim tekad untuk larikan diri. Dia dah tak tahan jadi kuli dalam kumpulan samseng Dragon. Aaron, ketua samseng, selalu meminta Rahim jadi orang tengah dalam pelbagai business haram kumpulan tersebut. Rahim seringkali jadi keldai dadah di sekitar ibu kota, jumpa ramai pelanggan dan jumpa entah siapa. Kalau tiada tugas sedemikian, Rahim akan disimpan di dalam bangunan yang menjadi headquarters kumpulan Dragon untuk membantu ahli-ahli lain melakukan tugas di dalam bangunan itu. Muka Rahim yang nerd menjadi topeng berguna buat kumpulan Dragon kerana dengan muka nerd Rahimlah, orang ramai takkan agak yang dia boleh terlibat dalam kegiatan-kegiatan melibatkan dadah. Rahim boleh terlibat menyertai kumpulan Dragon apabila Berjaya diumpan secara tidak sedar oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut semasa dia berada di bangku sekolah lagi. Kini hampir 7 tahun dia berada dalam kumpulan itu. Dia sentiasa mahu lari dan berhenti berkhidmat untuk kumpulan itu tetapi setiap kali percubaan dilakukan, Aaron akan mengugut untuk bunuh Rahim ataupun ibunya yang sedang sakit tenat di rumah. Sudah lama Rahim tidak berjumpa dengan ibunya. Dia hanya dengar khabar ibunya menerusi Aaron. Tapi hari ini, Rahim sudah tak boleh tahan lagi. Dia mahu lari. Dia mahu berjumpa dengan ibunya. Biar mati sebagai orang berani daripada hidup sebagai si pengecut.

Pada suatu hari, Rahim mendapat arahan daripada Aaron untuk menyerahkan satu bungkusan dadah kepada salah seorang pelanggan Aaron yang akan stand-by di sebuah hotel murahan di Kuala Lumpur. Rahim melihat tugas ini sebagai satu peluang baginya untuk melepaskan diri. Tambahan pula, dia sudah lama merancang untuk melarikan diri semasa menjalankan tugas sebegini.

Inilah harinya.

***

Sarah akhirnya melarikan diri dari rumah. Dia sudah tak tahan tinggal dengan keluarga angkatnya di kampung. Mereka seringkali mendera Sarah secara mental dan fizikal. Hari ini, Sarah mengambil keputusan untuk lari ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Sarah sebenarnya tidak ada rancangan tentang masa depannya di Kuala Lumpur nanti tapi yang penting, dia mahu jauh dari keluarga angkatnya atau sesiapa yang dikenalinya. Berbekalkan duit yang dikumpul di kampung, Sarah harap ia dapat menampung makan-minumnya di ibu kota walaupun untuk sementara. Ya, aku perlu cari kerja secepat mungkin kalau mahu terus hidup, tekad Sarah dalam hati.

Dua jam kemudian, bas yang dinaiki Sarah akhirnya tiba di terminal bas Kuala Lumpur. Sarah turun dengan hati kencang dan bingung melihat kesibukan dan bising terminal bas itu. Dia menuju ke arah tempat menunggu teksi, menahan teksi lalu menyerahkan kepada pemandu teksi sehelai kertas nota yang tertulis alamat rumah kawannya yang tinggal berdekatan.

RM3 dan tayar mula berpusing...

(harap maaf. bersambung...)

No comments: