-

Saturday, February 9, 2013

Cerpen: Lagu (Part I)



Hairi minat dengan muzik. Masa tingkatan satu, dia suka kumpul lirik-lirik lagu yang dikerat dari akhbar hiburan Mingguan Malaysia sebelum ditampal dalam sebuah buku latihan sekolah khas untuk lirik-lirik lagu. Kadang-kadang Hairi print lirik-lirik artis kurang mainstream dari Internet kat Pusat Sumber sekolah. Sejak mengumpul lirik-lirik itulah, minat menulis sajak ala-ala lirik lagu mula tertanam dalam diri Hairi.

Naik tingkatan 3, Hairi jadikan menulis sajak hobi nombor satunya. Bakat tulisannya sangat hebat. Ada cikgu sekolah Hairi cakap bakatnya melampaui tahap bakat penulis yang lebih tua daripadanya. Hairi boleh pergi jauh, cakap Cikgu Deman. Cikgu Deman ajar dia Bahasa  Melayu. Bila bab menulis karangan BM untuk exam atau ujian, hancur. Hairi tak pernah dapat A untuk subjek BM dalam apa-apa exam sekolah kecuali SPM. Tapi bila Hairi menulis sesuatu bukan untuk periksa, perghhh. Nasib baik Cikgu Deman sedar tentang hal ini. Dialah yang banyak membantu Hairi perbaiki gaya penulisan sajak-sajaknya.

Empat tahun kemudian, Hairi merupakan seorang graduan lepasan universiti tempatan tanpa memohon apa-apa kerja. Bukan malas mahu bekerja tapi dia mahu ‘bercuti’ dan mengambil masa sementara ini untuk menghayati apa yang dia kini suka: dunia muzik jalanan dan indie. Hairi juga mahu cuba menyelami hidup seorang pemuzik jalanan. Tak tahulah arwah Cikgu Deman pasti berbangga dengannya atau tidak.

Hairi ambil keputsan untuk menjadi seorang busker di sekitar ibu kota. Hairi si busker hingusan. Hari pertama dia berbusking, dapatlah tiga ringgit dalam 4 jam. Seminggu berbusking, adalah naik tiga ringgit sejam. Dan makin ramai yang berhenti kejap-kejap tengok dia berbusking. Tahap konfiden berbusking Hairi semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada suatu hari, minggu kedua Hairi berbusking, sesuatu yang sangat best terjadi padanya. Seorang brader dari sebuah  label indie mengesan bakat menyanyinya ketika Hairi sedang berbusking di sebuah kaki lima di ceruk ibu kota. Brader Furu namanya. Brader Furu kata dia akan tawar Hairi satu deal rakaman dan edaran sebuah EP bawah labelnya jika hairi dapat siapkan satu CD demo berisi 4 lagu ciptaan sendiri. Jika demo-demo tu best, offer buat EP on. Hairi yang tak sangka peluang sebegitu tiba-tiba datang, terus terima tawaran tu. Hairi ada jugak impian jadi penyanyi solo yang terer goreng gitar macam Jack White atau John Mayer.  Sebelum offer deal tu, Furu ada tanya Hairi jika dia ada tulis lagu sendiri. Hairi jawab “Ya. Adalah sikit...” Brader Furu beredar selepas menyerahkan nombor telefonnya kepada Hairi.

Ya. Adalah sikit…

 Hakikatnya, Hairi sudah lama tidak menulis lagu atau sajak. Dia sudah hilang mojo atau magis menulis apa-apa yang indah dan puitis sejak tamat zaman sekolah. Masa berbusking, dia banyak cover lagu orang je guna kod gitar yang asas. Tapi adalah dua-tiga lagu sendiri yang dia selalu main tapi yang jenis satu verse empat baris dan chorus dua baris. Ulang dua rangkap tu 2 kali pastu dah habis. Tambah ‘Ooh Oowwoh’ sikit. Simple. Liriknya? Alahai... Ayat jiwang budak sekolah yang gila babi layu.

Hairi kena buat empat lagu baru. Hairi kena dapatkan balik mojo menulisnya.

***

...bersambung lain masa.

(9/2/2013)


Tq=)


No comments: