-

Saturday, February 16, 2013

Cerpen: Sarung Tangan Mesin Masa

Ini first cerpen aku yang bertemakan time-travelling sci-fi. Susah nak tulis sebenarnya. Tapi inilah hasilnya. Aku jadikan filem 'Looper' & 'One Day' serta cara bercerita Chris Nolan (Memento, Inception) sebagai inspirasi untuk tulis cerita ni. Selamat membaca=)


Sarung Tangan Mesin Masa

(2020)

Hadi, 16 tahun, tinggal bersama bapanya, Leman. Leman merupakan seorang saintis yang pelik dan gila-gila sedikit ketika menjalankan kajian. Pada suatu hari, Hadi dan Leman bergaduh besar kerana Hadi masuk makmal kerja Leman di rumah mereka tanpa izin. Hadi merajuk lalu lari dari rumah. Pada masa itulah, X yang bertopeng, menculik Hadi.

X menerangkan niat sebenarnya menculik Hadi yang mana Hadi diminta untuk pergi ke masa lampau untuk selamatkan dunia dengan menggunakan sebuah mesin masa milik X. Misi specificnya:  untuk menyatukan dua insan bernama Fitri dan Suzana, atau dunia akan musnah jika misi tersebut gagal. Hadi terima misi itu. Sebelum pergi, X memberi kepada hadi sepasang sarung tangan yang  merupakan mesin masa bersama tiga buah bateri berbentuk kristal kecil. Satu bateri lalu dimasukkan ke dalam satu sarung tangan mesin masa sebelum Hadi berlepas. X menerangkan yang lain-lain bateri adalah untuk perjalanan pulang Hadi ke zaman sekarang. Dan satu lagi sarung tangan mesin masa yang tidak digunakan itu adalah sebagai spare atau sebagai langkah berjaga-jaga jika sarung tangan yang sedang digunakan rosak.


(2001)

Hadi memulakan misinya. Berpandukan maklumat dan gambar-gambar yang diberikan oleh X, dia mula mencari lokasi tempat pertemuan Fitri dan Suzana yang akan berdating betul-betul pada hari ini. Tugas Hadi ialah dia perlu memastikan date tersebut berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Hadi perlu lihat mereka berdating dari jauh. Walaupun tugas itu dirasakan sangat entah apa-apa, tapi X menerangkan ia sangat penting kerana jika Fitri dan Suzana bergaduh atau ada anasir luaran yang mengganggu temujanji tersebut, akibat jangka masa panjangnya ialah dunia akan menghadapi perihal perang dunia ketiga yang sangat dahsyat. X tidak menerangkan kaitan date tersebut dengan perang dunia ketiga secara terperinci. Hadi ada bertanya tetapi X tidak mahu membuang masa bercerita panjang. Misi ini perlu segera dijalankan. Hadi akur.

Hadi akhirnya ternampak kelibat Fitri dan Suzana yang sedang lunch bersama-sama di sebuah restoran. Hadi mengekori dan melihat mereka dari jauh sepanjang date tersebut. Semuanya berjalan lancar. Setelah Fitri menghantar Suzana pulang ke rumah keluarga Suzana, saat itulah Hadi tahu misi itu telah berjaya. TIada apa-apa gangguan atau masalah. Dunia akan atau telah selamat.

Hadi cuba pulang ke zamannya tapi mesin masanya gagal berfungsi. Entah apa silapnya. Kedua-dua sarung tangan mesin masa itu rosak tak tahu sebab apa. Hadi mula panik dan bengang. Hadi terpaksa stay kat zaman itu sampai mesin elok diperbaiki. X ada pesan kalau terjadi apa-apa seperti kerosakan mesin masa tersebut, dia akan menghantar mesej ke alat radio yang terlekat pada mesin tersebut dari masa depan. Jadi, kini Hadi hanya menunggu dan cuba sedaya-upaya membaikpulih mesin tersebut, walaupun taktau cara-cara membaiki yang betul.


(2020) - Hadi dah 35 tahun

Selepas 19 tahun menunggu dalam persembunyian, akhirnya Hadi menerima mesej dari mesin masanya. X cakap mesin itu mungkin rosak sebab berlaku kekacauan pada zaman sebenar. Dunia sedang bergolak. Kemungkinan bakal meletus perang dunia ketiga. Hadi mula beranggapan misinya gagal.

X beri arahan baru: Hadi perlu bertindak seperti X dengan menculik Hadi pada zaman ini (Hadi II) dan menghantarnya ke masa lampau utk memastikan Fitri dan Suzana benar-benar bersama sehingga ke gerbang perkahwinan. Misi yang sama tapi lebih terperinci dan mendalam. Dan X meminta Hadi untuk meneruskan kitaran ini. Keep the cycle going on and on sehingga dunia betul-betul selamat. X berkata lagi yang mesin masa itu hanya akan berfungsi pada hari esok seperti yang telah di-set-kan olehnya, jadi Hadi perlu culik Hadi II secepat mungkin dan menghantarnya ke masa lampau pada hari esok juga. X cakap lagi yang satu bateri Kristal yang dibekalkan adalah untuk menghantar Hadi II ke masa lampau manakala satu lagi adalah untuk dirinya kembali ke zaman sebenar. X memberi arahan lanjut yang Hadi perlu pecah masuk satu makmal di alamat yang diberikan sebelum hari esok untuk mendapatkan dua lagi bateri kristal untuk diserahkan kepada Hadi II sebelum dia berlepas pergi ke masa lampau untuk  melakukan perkara yang sama. Mesin masa spare milik Hadi perlu diberikan kepada Hadi II untuk misi tersebut.

Hadi bingung dan bengang. Hadi masih tertanya2 siapakah X. Betulkah berlaku pergolakan seperti diperkatakan oleh X? Kenapa lama gila X tak hantar mesej kat dia? Dan yang paling penting, macam mana X tahu dunia akan musnah kalau Fitri dan Suzana tidak bersama? Apa hubungan X dengan mereka berdua? Banyak persoalan yang tak terjawab dan loophole yang tak tertampal di situ, fikir Hadi. Hadi masih mahu pulang ke zamannya.

Hadi mengambil keputusan untuk tidak mengikut arahan X. Hadi tidak akan menculik Hadi II pada masa yang ditetapkan X. Mesin masa sudah boleh digunapakai seperti yang dikatakan oleh X tadi. Hadi membuat persiapan rapi sebelum mengaktifkan mesin masanya. Hadi percaya apa yang berlaku di timeline dunia lain stay at where it is. Sejarah tidak akan berubah walaupun berjaya diubah. Sejarah tidak patut diubah. Lebih menyusahkan dari memberi kebaikan. Bagai tikus membaiki labu.

Sebelum Hadi berlepas pulang ke zamannya, Hadi ternampak berita di televisyen sebuah kedai tentang seorang remaja yang berwajah sepertinya belasan tahun yang lalu terkena tembakan buta dan mati. Itu adalah Hadi II yang diminta oleh X untuk diculik pada hari ini. Hadi jadi lebih tertekan dan sedih.  Walau apapun yang telah terjadi, Hadi perlu pulang ke zamannya untuk bersemuka dgn X. Hadi perlukan penerangan dari X sendiri.

Hadi mengaktifkan sarung tangan mesin masanya.


(2020 zaman asal) - Hadi umur 35 tahun

Hadi mencari dan akhirnya menemui X. Hadi bagitau dia tidak meneruskan misi arahan X dan berita  tentang Hadi II yang maut terkena peluru buta. Hadi meminta penjelasan tentang apa yang berlaku. X terduduk kecewa. X buka topengnya. X reveal yang dia merupakan Leman, bapa Hadi dari masa depan. Namun X reveal yang dia atau Leman bukanlah bapa kandung Hadi. Fitri dan Suzana merupakan parents kandung Hadi. Fitri dan Suzana mati dalam kemalangan jalanraya semasa Hadi berumur 3 tahun dan sejak dari hari itu, X, yang merupakan sahabat Fitri dan Suzana, menjadi bapa angkatnya.

X reveal lagi yang dia sedih anak angkatnya itu mati di depan mata akibat terkena tembakan buta dari entah mana. X teringat yang Hadi masa kecil pernah tertanya-tanya di mana ibu bapa kandungnya selepas hari mereka maut akibat kemalangan. Dan sejak saat itulah, X bertungkus lumus menyiapkan mesin masa untuk menunaikan impian Hadi iaitu membawanya melihat ibu bapanya. Namun segalanya tak kesampaian selepas Hadi mati ditembak.

X yang semakin tak betul otaknya meneruskan projek untuk menyiapkan mesin masa ciptaannya. Akhirnya mesin tersebut berjaya disiapkan pada tahun 2026. X terus menggunakannya dan kembali ke zaman silam sebelum Hadi ditembak dan 'menculiknya'. Hadi tersebut adalah Hadi yang sedang berdiri di hadapan X sekarang ini. Hadi masih terdiam dan mendengar.

Tujuan X menghantar Hadi ke zaman silam adalah untuk menunaikan hasrat Hadi untuk melihat wajah ibu bapanya dan pada masa yg sama, meneruskan cycle kehidupan Hadi sendiri walaupun pada paralel dunia yg berbeza. Senang cerita, X hanya mahu Hadi terus hidup, walaupun Hadi itu Hadi yg berbeza dan berlainan versi.

Cerita tentang dunia akan musnah jika Fitri dan Suzana tidak bersatu adalah bohong semata-mata.  Dan X sengaja 'merosakkan' mesin masa sejurus Hadi tiba di zaman lampau dan preset-kan sesuatu pada mesin untuk mengeluarkan rakaman mesej untuk 'tugas baru' Hadi 19 tahun kemudian. Dunia tidak pernah bergolak. Tiada perang dunia ketiga. Segalanya telah dirancang oleh X.

Hadi bertambah bengang, dan marah walaupun dia akhirnya faham dengan tujuan X berbuat demikian. Sarung tangan mesin masa milik X diserahkan kembali kepada X. Hadi hanya mahu pulang ke rumah dan bertemu Leman yang dikenalinya, bukan terus bersama X, si saintis gila. Sebelum X sempat berambus dari pandangan X, X memanggilnya dari jauh. X menyerahkan sesuatu kepada Hadi. Ia merupakan botol kecil berisi cecair jernih. X berkata itu adalah minuman yang dapat mengembalikan umur Hadi yang sebenar merujuk kepada tahun pada hari ini. Hadi terlupa yang dia sepatutnya berumur 16 tahun pada tahun ini. Leman pasti terkejut jika bertemu dengan anak angkatnya yang tiba-tiba kelihatan tua. Jadi Hadi menerima dan meminum cecair tersebut.

Hadi, yang sudah kembali kelihatan seperti budak 16 tahun, kembali ke rumahnya dan bertemu dengan Leman yang sudah lama kehilangan anak angkatnya itu sejak hari mereka gaduh iaitu sebulan yang lalu. Mereka berpelukan erat.

Pada suatu hari, Leman memperkenalkan mesin masa yang baru disiapkannya kepada Hadi. Hadi buat-buat terkejut dan terpegun. Leman mengajak Hadi kembali ke zaman lampau untuk berjalan-jalan melihat gaya hidup orang dulu-dulu sambil mahu ‘bertemu sahabat lamanya’, Fitri dan Suzana. Hadi tahu niat sebenar Leman tapi dia mendiamkan diri. Hadi tersenyum dan menyambut perlawaan tersebut.

Leman membawa Hadi ke makmalnya yang satu lagi di alamat sama seperti yang dinyatakan X dalam mesej palsunya tadi, untuk mengambil bateri-bateri untuk pengaktifan mesin masanya.

Pada masa yang sama, X yang masih bersembunyi di dalam sebuah bangunan tinggal dan terbiar, sedang memikirkan cara untuk menyembunyikan mayat yang baru dibunuhnya sebentar tadi.

X, si saintis gila.
Leman, si saintis gila.

The end.

***
(17/2/2013)

No comments: