-

Sunday, May 27, 2012

Nombor Dalam Tandas (Ep. 01)


Rahim tekad untuk larikan diri. Dia dah tak tahan jadi kuli dalam kumpulan samseng Dragon. Aaron, ketua samseng, selalu meminta Rahim jadi orang tengah dalam pelbagai business haram kumpulan tersebut. Rahim seringkali jadi keldai dadah di sekitar ibu kota, jumpa ramai pelanggan dan jumpa entah siapa. Kalau tiada tugas sedemikian, Rahim akan disimpan di dalam bangunan yang menjadi headquarters kumpulan Dragon untuk membantu ahli-ahli lain melakukan tugas di dalam bangunan itu. Muka Rahim yang nerd menjadi topeng berguna buat kumpulan Dragon kerana dengan muka nerd Rahimlah, orang ramai takkan agak yang dia boleh terlibat dalam kegiatan-kegiatan melibatkan dadah. Rahim boleh terlibat menyertai kumpulan Dragon apabila Berjaya diumpan secara tidak sedar oleh salah seorang ahli kumpulan tersebut semasa dia berada di bangku sekolah lagi. Kini hampir 7 tahun dia berada dalam kumpulan itu. Dia sentiasa mahu lari dan berhenti berkhidmat untuk kumpulan itu tetapi setiap kali percubaan dilakukan, Aaron akan mengugut untuk bunuh Rahim ataupun ibunya yang sedang sakit tenat di rumah. Sudah lama Rahim tidak berjumpa dengan ibunya. Dia hanya dengar khabar ibunya menerusi Aaron. Tapi hari ini, Rahim sudah tak boleh tahan lagi. Dia mahu lari. Dia mahu berjumpa dengan ibunya. Biar mati sebagai orang berani daripada hidup sebagai si pengecut.

Pada suatu hari, Rahim mendapat arahan daripada Aaron untuk menyerahkan satu bungkusan dadah kepada salah seorang pelanggan Aaron yang akan stand-by di sebuah hotel murahan di Kuala Lumpur. Rahim melihat tugas ini sebagai satu peluang baginya untuk melepaskan diri. Tambahan pula, dia sudah lama merancang untuk melarikan diri semasa menjalankan tugas sebegini.

Inilah harinya.

***

Sarah akhirnya melarikan diri dari rumah. Dia sudah tak tahan tinggal dengan keluarga angkatnya di kampung. Mereka seringkali mendera Sarah secara mental dan fizikal. Hari ini, Sarah mengambil keputusan untuk lari ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Sarah sebenarnya tidak ada rancangan tentang masa depannya di Kuala Lumpur nanti tapi yang penting, dia mahu jauh dari keluarga angkatnya atau sesiapa yang dikenalinya. Berbekalkan duit yang dikumpul di kampung, Sarah harap ia dapat menampung makan-minumnya di ibu kota walaupun untuk sementara. Ya, aku perlu cari kerja secepat mungkin kalau mahu terus hidup, tekad Sarah dalam hati.

Dua jam kemudian, bas yang dinaiki Sarah akhirnya tiba di terminal bas Kuala Lumpur. Sarah turun dengan hati kencang dan bingung melihat kesibukan dan bising terminal bas itu. Dia menuju ke arah tempat menunggu teksi, menahan teksi lalu menyerahkan kepada pemandu teksi sehelai kertas nota yang tertulis alamat rumah kawannya yang tinggal berdekatan.

RM3 dan tayar mula berpusing...

(harap maaf. bersambung...)

Wednesday, May 16, 2012

Cerita Pendek: Kasim dan Beg Itu.

Kasim anak orang miskin. Pada suatu hari, dia berjalan-jalan di tengah Bandar. Tiba-tiba, di suatu lorong yang gelap dan sunyi, Kasim terjumpa sebuah beg berisi ribuan ringgit. Tiada siapa yang berada di situ kecuali Kasim. Kasim tak tahu nak buat apa dengan beg itu. Kebetulan pada masa yang sama, dia dalam keadaan yang amat memerlukan wang untuk membeli ubat-ubatan ayahnya yang sedang sakit. Kebetulan pada masa yang sama, polis sedang memburu Kasim kerana Kasim dituduh mencuri donat di beberapa kedai di sekitar ibu kota. ‘Takkan aku nak bagi beg ni kat polis sebab nanti kompem aku kena tangkap.’

Lima minit berlalu, akhirnya Kasim membuat keputusan untuk membakar beg tersebut berserta kesemua wang berkenaan. Setelah menyalakan api bagi sesi pembakaran wang ribuan ringgit tersebut, Kasim berambus dari situ. Kasim sedar kalau mengambil wang tersebut walaupun seringgit nanti Tuhan murka. Biar miskin, jangan ambil wang haram.

Keesokan harinya, ayah Kasim mati sebab ketiadaan ubat. Kasim sedih dan separuh menyesal kenapa dia tidak mengambil sedikit sahaja wang dari beg yang dibakar semalam. Namun dia pasrah dengan apa yang berlaku. Dia sedar kematian ayahnya serta keterserempakan dengan beg berisi wang semalam adalah satu rantaian ujian besar buat dirinya.

Pada suatu hari, Kasim ditangkap polis dengan kerjasama pekerja kedai yang menuduhnya mencuri donat sebelum ini. Kasim dicampak ke dalam lokap. Tiada siapa yang berada dalam lokap berkenaan kecuali Kasim. Pada malam tersebut, Kasim bermimpi tentang beg duit tersebut di tempat yang sama. Elok sahaja beg tu, tak ada rupa terbakar pun. Sesaat kemudian, muncul seorang perempuan cantik yang tiba-tiba berada di sisi beg berkenaan. Wajahnya familiar buat Kasim. Tersenyum sahaja kat Kasim. Lepas tu, Kasim terbangun dari tidur.

Kasim akhrinya dibebaskan dari lokap selepas polis mengenalpasti pencuri donat sebenar setelah dimaklumkan oleh tuan punya kedai donat. Tuan kedai donat tu memohon maaf kepada Kasim. Sebagai tanda minta maaf, tuan kedai donat yg bernama Epal menawarkan pekerjaan kepada Kasim iaitu sebagai tukang masak donat kat kedai dia.
Kasim terima.

Pada hari pertama Kasim bekerja di kedai donat Big Epal, Kasim terserempak dengan wanita yang familiar yang datang berkunjung untuk membeli donat. Itu wanita yang sama dalam mimpi Kasim semasa ditahan di lokap. Perempuan itu tidak perasan kelibat Kasim yang berada di dapur dan akhirnya beredar keluar dari kedai setelah selesai urusan jual beli donat. Kasim tak buat apa-apa pun. Kasim bingung. ‘Siapa perempuan tu ye?’ Akibat kebingungan tersebut, Kasim berhenti kerja. Epal menerima hasrat Kasim tapi berkata yang dia sentiasa ‘buka pintu’ jika Kasim ingin kembali bekerja dengannya.

Keluar sahaja dari kedai tersebut, Kasim berjalan tanpa hala tuju memikirkan gerangan perempuan berkenaan. Tanpa disedari Kasim melalui lorong yang sama dia menemui beg berisi wang berkenaan.  Kasim terkejut kerana…

…beliau sekali lagi menemui beg berisi duit di tempat yang sama seperti dulu dan seperti dalam mimpi. Kecuali tiada perempuan di sisi beg tersebut. Kasim cemas. ‘Kenapa terjadi lagi benda ni?’ ‘Beg apa sebenarnya ni?’ ‘Wang ni datang dari mana?’ dan banyak lagi soalan bermain di fikiran Kasim. Kasim nekad kali ini dia ingin membawa beg ini ke balai polis. Tambahan pula, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan polis kali ini.

Setibanya Kasim di balai polis berhampiran, tak sempat masuk pintu balai, Kasim ternampak Epal di kaunter balai tersebut. Kasim berasa pelik. Tanpa meneruskan langkah ke dalam balai, Kasim menyorok di sebalik dinding balai untuk curi-curi dengar perbualan Epal dan seorang pegawai polis di situ.

‘Budak tu curi donat saya! Lepas dia keluar dari kedai saya sebab dia kata nak berhenti kerja, saya tak sedar satu donat saya da hilang. Kompem budak Kasim jahanam tu yang curi!’

Jantung Kasim berdegup kencang. Perasaan pelik, cemas, bingung… semua ada. Apa dah jadi pada dirinya. Kisah hidupnya seperti berpusing-pusing pada litar yang sama. Benda yang sama terjadi tapi dalam cara yang amat pelik. Kasim beredar cepat-cepat dari balai polis tersebut bersama beg berisi duit itu.

‘Déjà vu?’ ‘Inception?’ Kasim jadi gila. Kasim, dalam bingungnya, teringat perempuan di kedai donat dan dalam mimpinya. ‘Mungkin dialah kunci untuk merungkai misteri ini!’ kata Kasim seorang diri dengan kuat. Optimis. Kasim mahu mencari perempuan tersebut. ‘Kompem dia yang curik donat kat kedai Epal tu. Mesti dia!!!’

‘Tapi beg ni, siapa punya? Kalau perempuan tu curik donat, takkanlah dia tinggalkan beg duit ni merata-rata… hmm.. pelik. So beg ni mesti bukan dia punya… AArgghh!’

Tiba-tiba, Kasim terbangun dari tidur…

Dia masih berada di dalam lokap polis.

Seorang pegawai datang kepadanya lalu berkata, “Kasim, awak bebas.  Bukan awak yang curi, tapi tauke kedai donat tu cakap orang lain.”

Kasim tanpa berkata apa-apa, keluar dari lokap lalu bertemu dengan Epal. Epal dengan dialog yang sama sebelum ini berkata dia minta maaf dan menawarkan pekerjaan di kedai donatnya kepada Kasim. Kasim berkata, ‘Boleh saya tahu siapa pencuri donat sebenar?’

Epal lalu membalas, ‘Saya tak tahu siapa. Dia masih bebas. Dia baru pecah masuk kedai dan curi semua tepung nak buat donat kat kedai saya semalam. Dan dia tinggalkan kertas bertulis, ‘Budak yang awak sumbat dalam lokap tu tak bersalah.’’

Aik, macam mana dia kenal nama aku, Kasim tanya diri sendiri dalam hati. Kasim akhirnya penat memikirkan perkara tersebut dan berkata kepada Epal yang dia tidak mahu bekerja dengannya dan berterima kasih atas bantuan yang ditawarkan. Kasim selepas keluar dari balai polis, terus menuju ke arah lorong di mana dia menemui beg berisi wang misteri itu.

Sekali lagi dia menemui beg duit berkenaan. Kasim tidak menyentuhnya. Kasim menjauhi beg itu dan beredar pergi. Kasim menyumpah dalam hati, ‘Beg syaitan!’

-by: Adam (17/5/2012)

*banyak plot hole? takpe. kalau aku rajin, aku sambung tulis.

Saturday, April 14, 2012

Marvel's The Avengers

The movie event of the year is nearrrrr.

Ladies and gentlemen, I present to you...


Ok. That's the wrong poster. Ehem ehem. Let's start it again.

Ladies and gentlemen, I would like to present to you...


THE AVENGERS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Captain America, Iron Man, Hulk, Thor, Black Widow....and the handsome villainous LOKI!!!

Man, I have the Avenger-fever since the first time I heard that they're going to make this all-stars superheroes flick. Anything that is affiliated with The Avengers, I will buy or try to own it.

So far, here's my collection...



In conjunction of The Avengers' release on Malaysia's theaters, Nuffnang is organizing a blogging contest which could win you a pair of passes to attend The Avengers premiere screening, A DAY BEFORE it's official release in Malaysia! Want to win it? Click here =D

Now, to answer the ultimate questions asked by Nuffnang...

Q: What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world?

I would be...


LinkCAPTAIN AMERIHULK!

With Hulk's muscles and CapAm signature helmet, I would be the greatest football/rugby player on the (battle)field! My ultimate weapon would be AmeriHulk flying-kick which has the same effect of Japanese bullet train hitting a nuclear reactor station at the speed of 400km/h.

With this strength, I'm going to help other Avengers to defeat Loki and his army at the end of the movie because if I helped them earlier, The Avengers movie would only last for 10 minutes. I will be their savior and the savior of the world!

Don't make Captain AmeriHulk hungry, or...

Nah, ambik penyepak ni!


Lastly, let's watch this incredible Avengers movie trailer AGAIN n AGAIN!!!



Later~

Wednesday, April 4, 2012

New Avenger in Town


I present to you, The Politician. Haha. Customized this on Marvel website. Can you guess all the superheroes that are somehow attached to this look?

Want to win see The Avengers before it's even out on theaters? Win the premiere passes to watch The Avengers HERE!

Top 100 Movies of 2011

So, here's my ultimate movies-list from last year. Yup, The Artist deserved the Oscar.



1. The Artist
2. The Descendants
3. Tyrannosaur
4. Warrior
5. Source Code
6. We Need to Talk About Kevin
7. Rise of the Planet of the Apes
8. Captain America: The First Avenger
9. The Help
10. 50/50



11. X-Men: First Class
12. The Adventures of Tintin
13. Beginners
14. Moneyball
15. Mission Impossible: Ghost Protocol
16. The Girl With Dragon Tattoo
17. One Day
18. War Horse
19. Sherlock Holmes 2
20. Kung Fu Panda 2



21. Bridesmaids
22. The Devil's Double
23. Insidious
24. Drive
25. Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2
26. Crazy Stupid Love
27. Midnight In Paris
28. Everything Must Go
29. Paul
30. Another Earth



31. Young Adult
32. The Ides Of March
33. Hugo
34. Happy Feet 2
35. Transformers: Dark Of The Moon
36. The Lincoln Lawyer
37. Scream 4
38. Fast Five
39. Jane Eyre
40. Submarine



41. KL Gangster
42. Horrible Bosses
43. Kill List
44. Fright Night
45. The Adjustment Bureau
46. The Debt
47. Our Idiot Brother
48. The Tree Of Life
49. Blitz
50. Unknown



51. Rio
52. Rango
53. Super 8
54. Tinker Tailor Soldier Spy
55. Thor
56. We Bought a Zoo
57. A Very Harold & Kumar 3D Christmas
58. Tower Heist
59. Limitless
60. The Hangover Part II



61. Friends With Benefits
62. Johnny English Reborn
63. Real Steel
64. Hantu Bonceng
65. Cedar Rapids
66. Bad Teacher
67. Hall Pass
68. No Strings Attached
69. Win Win
70. That's What I Am



71. Sucker Punch
72. The Muppets
73. Troll Hunter
74. Pirates of the Caribbean 4
75. Wu Xia
76. Contagion
77. The Green Hornet
78. Attack The Block
79. Immortals
80. Hanna



81. Puss In Boots
82. Your Highness
83. Mr. Popper's Penguins
84. The Mechanic
85. Green Lantern
86. Conan The Barbarian
87. Killer Elite
88. The Smurfs
89. Retreat
90. Cowboys & Aliens



91. In Time
92. Girl Walks Into A Bar
93. Diary Of a Wimpy Kid: Rodrick Rules
94. Final Destination 5
95. Bini-Biniku Gangster
96. Battle Los Angeles
97. The Guard
98. Gnomeo & Juliet
99. Take Me Home Tonight
100. The Dilemma