-

Saturday, July 6, 2013

My cats: Mika's Miki, Miko and Milo.


My love Mika with her baby-kittens. Days after giving birth to them.

2 months later: Miki, the most curious one. The big sister.

Miko, the emo-est sister. The little princess.


 Milo, the gentle-brother. The youngest and the naughtiest. *Gigit gigit*


Sunday, June 30, 2013

Now I'm Reading... Wedding Speech


Just started reading this. First few chapters looked like a romance/chic-whatever type of novel. Don't ask. It's great. I enjoyed it (so far). Muahaha.

Thanks for the book, Fixi Novo=)

Cerpen: Lagu (Finale)

 Part VIII (Finale)
*Demo for Brader Furu: due 3 hari lagi!*

Hairi akhirnya dapat jugak ilham untuk hasilkan tiga lagi buah lagu demo untuk diserahkan kepada Brader Furu, sebagai tambahan kepada satu lagu yang sudah dihasilkan dua tiga hari lepas. Hairi kini gigih menghabiskan penulisan dan rakaman keempat-empat lagu tersebut. Tiga lagu baru itu datang dari tiga lirik lagu atau sajak tulisan Hairi ketika dia masih di sekolah rendah. Tiga sajak terbaik pilihan arwah Cikgu Deman, cikgu kesayangannya.

Sajak pertama adalah tentang persoalan kepada diri sendiri Hairi; adakah dia semasa tua nanti masih kekal sebagai Hairi yang sama atau sudah berubah menjadi orang yang lain personalitinya? Ini mengingatkan Hairi kepada 'Pakcik Mon' yang ditemuinya dua kali sebelum ini. Personaliti mereka sama. Yang berbeza cuma usia. Persoalan (agak) terjawab: Pakcik Mon ialah Hairi semasa tua! Namun Hairi tahu orang tua itu sebenarnya tidak wujud pun dan hanya merupakan salah satu khayalan petunjuk yang membawanya ke rumah Makcik Rohayu. Seperti hantu yang mengganggu Hairi bertujuan untuk membawanya kepada kotak simpanan arwah Cikgu Deman yang merungkai segala persoalan.

Sajak kedua adalah pasal kehidupan seorang gadis yang cekal menghadapi hidup selepas mengharungi dugaan putus cinta. Namun kadang-kadang dia jadi vulnerable kerana dia juga merupakan manusia biasa. Ini mengingatkan Hairi pada 'Sofea'. Hairi juga percaya Sofea hanyalah satu lagi khayalan 'lagu menjadi hidup' yang membawanya menemui Makcik Rohayu. Sebab tu Hairi asyik gagal menghubungi Sofea. Sofea tak wujud sebenarnya.  Sofea tu hantu. Sofea hanyalah sebuah lagu. Hairi sedikit frust.

Sajak ketiga adalah pasal seekor kucing yang comel sebab Hairi memang dari kecil sukakan kucing. Dia pernah membela seekor kucing jalanan semasa dia kecil. Tapi pada suatu hari, kucing tersebut tiba-tiba hilang dari perkarangan rumah Hairi. Sebab tu Hairi menulis sajak pasal kucing. (Salah satu line dalam sajak kucing tu, Hairi cakap yang sebenarnya kucing ni merupakan bangsa makhluk asing yang hanya menunggu masa untuk takluk Bumi.) Ini mengingatkannya pada kucing berbulu cantik yang selalu dia jumpa sebelum ini, Django, yang menjadi khayalan petunjuk terakhir yang membawanya kepada Makcik Rohayu. Django tak kelihatan lagi semenjak Hairi tiba di perkarangan rumah Makcik Rohayu.

Hairi juga sedar yang buku 'Lagu' tulisan Deery Alysa itu besar kemungkinan tidak pernah wujud dan juga merupakan satu lagi khayalan. Hairi terus berasa pelik dan takut tapi pada masa yang sama, dia berasa bersemangat kembali untuk menghasilkan lagu dari tiga karya 'agung' miliknya seperti yang dikatakan oleh arwah Cikgu Deman. Kesemua benda pelik yang berlaku ini mungkin berlaku untuk menyuntik semangat Hairi untuk menghabiskan demo empar lagu tu, walaupun agak tahyul untuk dipercayai oleh orang lain kalau Hairi kongsi balik cerita dia tu. 

Hairi mahu banggakan arwah Cikgu Deman dengan menghasilkan demo lagu menggunakan ketiga-tiga sajak tulisannya itu.

***
5 bulan kemudian...

Kini, Hairi merupakan seorang pemuzik solo yang mula dikenali ramai. Demo 4 lagu yang dihasilkannya beberapa bulan lepas mula mendapat perhatian ramai.

Suatu hari, Hairi dijemput menjadi opening act untuk gig John Mayer di KL Live. Sebelum menyanyikan lagu terakhir iaitu lagu ciptaannya yang bertajuk 'Sofea' (lagu tulisannya yang bukan berasal dari tiga sajak pilihan arwah Cikgu Deman), Hairi menceritakan kepada audience yang lagu itu adalah mengenai seorang gadis cantik yang ditemuinya di sebuah kedai buku tapi tidak sempat untuk dia meluahkan perasaannya kepada gadis itu sebelum mereka terputus contact buat satu jangka masa yang panjang. Akhirnya, mereka bertemu sekali lagi dan kali ini, dia sempat meluahkan perasaan cintanya dan mereka terus bersama selamanya. (Ada crowd yang boo kat Hairi sebab ceritanya terlalu jiwang. Hairi tak kisah. Mampus kaulah, troll.)

Hairi menulis lagu tersebut dengan harapan sekali lagi sebuah lagu tulisannya mejadi realiti. 

Dia mahu kembali bertemu dengan Sofea.


***

Dua bulan kemudian, Hairi membuat persembahan di sebuah festival muzik terkenal di Jakarta. Setelah tamat sesi persembahannya, dia diserbu sekumpulan jurnalis dari media Indonesia untuk ditemuramah. Sedang gigih ditemubual, Hairi perasan yang salah satu daripada mereka itu mukanya seperti Sofea. Hati Hairi terhenti sejenak. Mukanya betul-betul macam Sofea tapi yang ini berslang Indo. Dan sedikit lagi lawa. Macam Luna Maya.

Hairi bertanyakan nama gadis Indo itu.

Dia menjawab...



...'Deery Alysa, dari majalah Lagu.'


THE END
***

(30/6/2013)

Tq=)

Saturday, June 29, 2013

Cerpen: Lagu (Part VII)

Part I
Part II
Part III
Part IV
Part V
Part VI

Part VII

*Demo for Brader Furu: 3 hari lagi!*

 Tiada sebarang contact dari Sofea. Hairi cuba call atau mesej Sofea. Gagal. Engaged memanjang dan SMS tak berbalas. Nak Whatsapp atau BBM tak boleh sebab Hairi pakai Nokia batu. Hairi tertanya-tanya apakah ending 'mindblown' novel 'Lagu' seperti yang dikatakan Sofea.

Hairi kembali ke Big Bad Wolf kat Serdang tu. Nasib baik expo buku tu seminggu. So hari tu 2nd last day. Dia ke situ untuk mencari kembali buku yang dia hampir habiskan dulu tapi usahanya gagal. Mungkin dah ada orang beli atau ada orang baca tapi letak entah mana-mana. Ntah-ntah letak kat bahagian buku memasak. Hairi kecewa dan penat. Dia terduduk kat tengah-tengah expo buku tu. Perasaan ingin tahu ending buku tu semakin bertambah.

Hairi juga mula teringat dekat Pakcik Mon yang dia jumpa kat BBW ni dulu. Siapa Pakcik Mon tu sebenarnya? Gerangan dia sentiasa menimbulkan rasa misteri dalam diri Hairi. Ya, memang mereka baru bertemu antara satu sama lain, tapi Hairi merasakan macam dah lama dia kenal Pakcik Mon tu. Dan macam mana boleh jadi kebetulan buku yang Pakcik Mon rekemen tu sama dengan buku bacaan Sofea. Adakah mereka berdua berkaitan dan mengenali antara satu sama lain? Lagipun Sofea pun Hairi rasa macam sangat familiar tapi Hairi kurang jelas. Hmm...

Hairi keluar dari bangunan expo buku tu. Tiba-tiba dia ternampak Django, kucing semalam, yang nampak macam sedang menunggu Hairi di depan pintu masuk bangunan. Hairi terkejut dan  dan tiba-tiba rasa resah, seram dan lain-lain yang berkaitan. 'Apa yang sedang berlaku kat aku ni? Sofea. Pakcik Mon. Sekarang Django pulak. Siapa diorang ni?!!!' Sampai ke sini kucing tu boleh sampai, itu yang buatkan Hairi rasa takut semacam. Dalam perasaan sebegitu, Hairi berjalan jugak ke arah kucing tu yang memang dari tadi merenung ke arah Hairi tanpa tukar arah pandangan (sambil kibas ekor bulu lebat dia tu). Sampai je Hairi dekat dengan Django, kucing tu berjalan dari Hairi seperti sengaja mengajak Hairi ke suatu tempat. Memberanikan dirinya, Hairi ikut je kucing tu.

Akhirnya Django berhenti di hadapan sebuah rumah teres tak jauh dari bangunan expo buku tadi. Hairi melihat pekarangan rumah tu dan perasan nombor rumah tu sama macam nombor rumah dalam buku 'Lagu' yang dibaca Hairi; rumah tinggal, tempat Mad mencari ilham menulis lagu. Hairi memanggil tuan rumah. Seorang makcik keluar. Django hilang.

Hairi kenal makcik tu. Makcik tu adalah isteri kepada arwah Cikgu Deman! Makcik Rohayu. Dia dan anak-anaknya telah berpindah entah ke mana sejak Cikgu Deman meninggal dunia. Hairi memperkenalkan dirinya kepada Makcik Rohayu sebagai bekas anak murid arwah Cikgu Deman. Makcik Rohayu menjemput Hairi masuk minum di rumah.

Hairi pada mulanya tak tahu apa yang mahu diceritakannya kepada Makcik Rohayu. Suasana menjadi silent-awkward untuk beberapa minit. Makcik Rohayu bertanya bagaimana Hairi boleh jumpa rumahnya di situ. Lalu Hairi menceritakan kisah kucing misteri dan buku bertajuk 'Lagu' yang 'membawanya' ke rumah Makcik Rohayu. Sedang asyik Hairi bercerita, Makcik Rohayu teingat sesuatu. Dia bangun dan menuju ke bilik tidurnya sebelum kembali ke ruang tamu sambil membawa sesuatu. Makcik Rohayu berkata ia adalah sebuah kotak milik arwah Cikgu Deman. Makcik Rohayu menyerahkannya kepada Hairi. Hairi menyambut dengan tangannya yang sedikit menggigil. Cover kotak itu tertulis 'Lagu Hairi'. Hairi membukanya. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas buku sekolah bertulisan pensel. Kelihatan seperti tulisan-tulisan sajak. Hairi kembali ingat yang semuanya adalah milik dan tulisan Hairi yang pernah diberikan olehnya kepada arwah Cikgu Deman masa zaman sekolah dulu. Makcik Rohayu memberitahu yang tiga helai kertas yang terletak dalam susunan paling atas itu adalah tiga sajak terbaik tulisan salah satu pelajar arwah suaminya namun tidak sempat disampaikan kepada pelajar itu sebelum arwah meninggal dunia.
 
Hairi membaca kembali tiga sajak yang terletak kat paling atas tu.

Hairi was mindblown~

***

...bersambung. Part terakhir tak lama lagi..

(29/6/2013)

Tq=)

Wednesday, June 19, 2013

Cerpen: Lagu (part VI)


Part VI

*Demo for Brader Furu: 5 hari lagi!*

At this point, Hairi macam dah give up untuk hasilkan demo tu. Dia nak call Brader Furu tapi macam nak taknak pulak. Tinggal kurang dari seminggu lagi ni. Sempat ke?

Sofea called Hairi. 'Akhirnya...' Dia telefon Hairi pagi Sabtu masa Hairi tengah nyenyak tido. Dia ajak Hairi keluar sarapan pagi sama-sama. Angau Hairi kembali. Oh, Sofea~ Muka macam Shila Amzah + Anna Kendrick~

Kat kedai mamak, masa tengah sedap makan roti telur dengan Sofea, Sofea meluahkan perasaan yg dia tengah bergaduh dengan boyfriend dia. Hairi tak tahu nak komen apa-apa so dia just dengar je luahan perasaan perempuan tu. 'Ada boyfriend rupanya...haih.' Hairi cuma angguk-angguk melayan Sofea bercakap sambil makan roti telur. Roti telur bawang. Personaliti Sofea pagi tu lain benar kalau nak dibandingkan dengan Sofea yang dia jumpa kat KLCC dulu. Dulu dia nampak happy-go-lucky. Hari ni macam muka di ambang nak terjun bangunan bunuh diri.

Sebelum pulang, Hairi bertanyakan Sofea tentang buku yg dia baca masa mereka berjumpa di KLCC. Hairi tak bagitahu kat Sofea yang dia pun dah baca buku tu. Lebih kurang. Sofea cakap buku tu sangat best dan rekemen kat Hairi yang dia patut baca buku tu. Sofea menambah yang buku tu best sebab ending dia sangat gempak dan 'mindblowing'.

'Cis...' Hairi dalam diam rasa menyesal sebab tak habis baca buku tu time kat Big Bad Wolf hari tu. Hairi mengcover rasa menyesalnya tu dengan buat-buat teruja dan berpura-pura cakap nak pinjam buku tu dari Sofea. Sofea berjanji akan meminjamkan buku tu kepada Hairi bila berjumpa di lain masa. 'Yes, boleh jumpa Sofea lagi. Tolonglah time tu Sofea dah break'

Sekali lagi mereka berpisah haluan trek di stesen tren. Hairi kali ni berjaya dapat dan masukkan nombor Sofea ke dalam phonenya.

Sebelum pulang ke rumah untuk sambung tidur semalam, Hairi singgah di kedai Pak Brahim. Gadis yang bekerja di kedai tu ada bersama Pak Brahim. Hairi bertanya kat Pak Brahim siapakah gadis sopan itu.
Lalu Pak Brahim menjawab itu adalah bini dia nombor dua. Damn... untunglaa.

Keluar dari kedai, Hairi sekali lagi menemui kucing cantik yang sama. 'Ah, banyak kali dah jumpa kau. Meh aku bagi nama kat kau. Oleh sebab bulu kau warna hitam, aku namakan kau Django.' Django mengekori Hairi berjalan sampai ke rumah. Masa Hairi nak masuk rumah, Django tiba-tiba mengiau lain macam. Macam cuba bagitau Hairi sesuatu. Hairi fikir mungkin dia terlalu lapar. Dia masuk ke dalam rumah dan cari makanan untuk Django. Kali ni kucing tu setia tunggu di luar dan dapat ikan bilis yang ditaburkan Hairi. Hairi mencangkung memerhatikan kucing itu makan sambil tersenyum. Lega hati Hairi tengok kucing tu semangat makan. Lepas habis makan, Django berambus tanpa ucap terima kasih dan terus hilang.

Malam tu, Hairi peroleh semangat untuk berkarya. Dia mula menulis lirik lagu diiringi kod gitar yang dia hasilkan sebelum ini. Hairi tahu sudah agak terlambat untuk hasilkan 4 lagu. Lagi 5 hari kot! Tapi dia fokus pada satu lagu tu dulu. Tekad untuk hantar satu lagu tu je kat Brader Furu, kalau still takde lagu2 lain. Cuba nasib.

Lepas selesai tulis lirik satu lagu tu, Hairi tido.

***

...bersambung lain masa.

(19/6/2013)

Tq=)