Part II
Part III
Part IV
Part V
Part VI
Part VII
*Demo for Brader Furu: 3 hari lagi!*
Tiada sebarang contact dari Sofea. Hairi cuba call atau mesej Sofea. Gagal. Engaged memanjang dan SMS tak berbalas. Nak Whatsapp atau BBM tak boleh sebab Hairi pakai Nokia batu. Hairi tertanya-tanya apakah ending 'mindblown' novel 'Lagu' seperti yang dikatakan Sofea.
Hairi kembali ke Big Bad Wolf kat Serdang tu. Nasib baik expo buku tu seminggu. So hari tu 2nd last day. Dia ke situ untuk mencari kembali buku yang dia hampir habiskan dulu tapi usahanya gagal. Mungkin dah ada orang beli atau ada orang baca tapi letak entah mana-mana. Ntah-ntah letak kat bahagian buku memasak. Hairi kecewa dan penat. Dia terduduk kat tengah-tengah expo buku tu. Perasaan ingin tahu ending buku tu semakin bertambah.
Hairi juga mula teringat dekat Pakcik Mon yang dia jumpa kat BBW ni dulu. Siapa Pakcik Mon tu sebenarnya? Gerangan dia sentiasa menimbulkan rasa misteri dalam diri Hairi. Ya, memang mereka baru bertemu antara satu sama lain, tapi Hairi merasakan macam dah lama dia kenal Pakcik Mon tu. Dan macam mana boleh jadi kebetulan buku yang Pakcik Mon rekemen tu sama dengan buku bacaan Sofea. Adakah mereka berdua berkaitan dan mengenali antara satu sama lain? Lagipun Sofea pun Hairi rasa macam sangat familiar tapi Hairi kurang jelas. Hmm...
Hairi keluar dari bangunan expo buku tu. Tiba-tiba dia ternampak Django, kucing semalam, yang nampak macam sedang menunggu Hairi di depan pintu masuk bangunan. Hairi terkejut dan dan tiba-tiba rasa resah, seram dan lain-lain yang berkaitan. 'Apa yang sedang berlaku kat aku ni? Sofea. Pakcik Mon. Sekarang Django pulak. Siapa diorang ni?!!!' Sampai ke sini kucing tu boleh sampai, itu yang buatkan Hairi rasa takut semacam. Dalam perasaan sebegitu, Hairi berjalan jugak ke arah kucing tu yang memang dari tadi merenung ke arah Hairi tanpa tukar arah pandangan (sambil kibas ekor bulu lebat dia tu). Sampai je Hairi dekat dengan Django, kucing tu berjalan dari Hairi seperti sengaja mengajak Hairi ke suatu tempat. Memberanikan dirinya, Hairi ikut je kucing tu.
Akhirnya Django berhenti di hadapan sebuah rumah teres tak jauh dari bangunan expo buku tadi. Hairi melihat pekarangan rumah tu dan perasan nombor rumah tu sama macam nombor rumah dalam buku 'Lagu' yang dibaca Hairi; rumah tinggal, tempat Mad mencari ilham menulis lagu. Hairi memanggil tuan rumah. Seorang makcik keluar. Django hilang.

Hairi kenal makcik tu. Makcik tu adalah isteri kepada arwah Cikgu Deman! Makcik Rohayu. Dia dan anak-anaknya telah berpindah entah ke mana sejak Cikgu Deman meninggal dunia. Hairi memperkenalkan dirinya kepada Makcik Rohayu sebagai bekas anak murid arwah Cikgu Deman. Makcik Rohayu menjemput Hairi masuk minum di rumah.
Hairi pada mulanya tak tahu apa yang mahu diceritakannya kepada Makcik Rohayu. Suasana menjadi silent-awkward untuk beberapa minit. Makcik Rohayu bertanya bagaimana Hairi boleh jumpa rumahnya di situ. Lalu Hairi menceritakan kisah kucing misteri dan buku bertajuk 'Lagu' yang 'membawanya' ke rumah Makcik Rohayu. Sedang asyik Hairi bercerita, Makcik Rohayu teingat sesuatu. Dia bangun dan menuju ke bilik tidurnya sebelum kembali ke ruang tamu sambil membawa sesuatu. Makcik Rohayu berkata ia adalah sebuah kotak milik arwah Cikgu Deman. Makcik Rohayu menyerahkannya kepada Hairi. Hairi menyambut dengan tangannya yang sedikit menggigil. Cover kotak itu tertulis 'Lagu Hairi'. Hairi membukanya. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas buku sekolah bertulisan pensel. Kelihatan seperti tulisan-tulisan sajak. Hairi kembali ingat yang semuanya adalah milik dan tulisan Hairi yang pernah diberikan olehnya kepada arwah Cikgu Deman masa zaman sekolah dulu. Makcik Rohayu memberitahu yang tiga helai kertas yang terletak dalam susunan paling atas itu adalah tiga sajak terbaik tulisan salah satu pelajar arwah suaminya namun tidak sempat disampaikan kepada pelajar itu sebelum arwah meninggal dunia.
Hairi membaca kembali tiga sajak yang terletak kat paling atas tu.
Hairi was mindblown~
Hairi was mindblown~
***
...bersambung. Part terakhir tak lama lagi..
(29/6/2013)
Tq=)
No comments:
Post a Comment