-

Monday, June 17, 2013

Cerpen: Lagu (Part IV)


*Demo to Brader Furu: due in 10 days time*

Hairi keluar menuju ke kedai buku Kinokuniya di KLCC untuk mencari buku yang Pakcik Mon rekemen beberapa hari sudah. Hairi ke seksyen genre buku seperti yang diberitahu Pakcik Mon. Namun, apa yang ditemui oleh Hairi hanyalah rak buku komik manga Jepun. Hairi rasa mesti sebab kekerapan staff Kino ubah seksyen2 buku kat kedai tu. Hairi kecewa. Hairi pun membatalkan hasrat mencari buku berkenaan sebab buku apa pun tak tahu, inikan pula nak mencari kat satu kedai Kino. Ingat kecik ke Kino ni?!

Sedang Hairi meronda-ronda di bahagian buku Asian Fiction, Hairi ternampak seorang gadis comel yang sedang mencapai sesuatu dari rak yang tinggi daripada dia. Gadis itu ternampak Hairi yang berada berdekatan lalu meminta tolong Hairi untuk ambilkan  sebuah buku dari rak yang tinggi itu. Hairi dengan machonya berjaya mencapai buku tu tanpa sebarang insiden memalukan diri seperti tshirt terangkat sampai nampak perut atau boxer spongebob squarepantsnya. Gadis itu mengucap terima kasih dan kemudian masing-masing beredar macam takde apa-apa berlaku sebelum tu. Hairi rasa macam kenal gadis tu tapi tak pasti siapa.

Setelah meronda tanpa sebarang niat membeli sebarang buku di situ, Hairi beredar keluar dan pergi ke kedai medan selera bawah TGV Cinema untuk minum air kopi. Masa mencari tempat duduk, dia ternampak lagi gadis yang sama tadi dan kali ini dia tengah minum sorang-sorang sambil baca buku yang Hairi tolong capai tadi. Entah buku apa entah. Oleh sebab macam takde tempat duduk sebab food court full sesak gila babi, Hairi pergi menyapa gadis itu dan dengan tak malunya minta izin untuk tumpang duduk minum bersama satu meja. Gadis itu tidak kisah dan mereka mula berborak-borak kosong pasal suasana sesak di KLCC. Hairi berasa semakin pelik sebab semakin lama berborak, semakin familiar perihal gadis bernama Sofea itu pada Hairi.

Selesai pekena kopi, mereka menuju ke stesen LRT untuk pulang tapi masing-masing ambil tren yang berlainan arah. Hairi dan Sofea sempat bertukar nombor telefon namun oleh kerana henpon Hairi dah lama habis bateri hari tu, dia terpaksa tulis nombor Sofea kat tapak tangan je.

Setibanya Hairi di rumah, dia terus caj henpon Blackberry jenis yang cepat habis bateri tu untuk masukkan nombor Sofea. Tapi malang semalang-malangnya buat Hairi. Nombor yang ditulis kat tapak tangan tadi hilang atau lusuh mungkin sebab keadaan tren tadi yang panas sebab aircon rosak jadi peluh kat tapak tangan Hairi menghilangkan tulisan nombor tu. Hairi bertambah kecewa. Sangat kecewa. Emo. Takde mood nak tulis lagu malam tu.

Dia pun terus tidur.
Kbye.

***

... bersambung tak lama lagi.

(17/6/2013)

Tq=)

No comments: