Part V
*Demo for Brader Furu: Due in 7 days!*
Tiada sebarang pangilan atau mesej dari Sofea. Hairi bermuka masam. Dua tiga hari lepas, Hairi selalu ke KLCC dengan harapan dapat bertemu dengan Sofea kembali namun sia-sia.
Hari ini, dia give up. 'Sofea you pun pahal tak call balik. You bitch!' Hairi singgah ke expo buku Big Bad Wolf yang sedang berlangsung di Serdang. Bukan untuk mencari buku, tapi untuk memburu beberapa naskhah komik grafik Marvel. Hairi kaki komik Marvel. Setibanya Hairi di bahagian komik grafik di tengah lautan orang ramai dalam dewan expo tu, Hairi terserempak dengan Pakcik Mon yang sedang sibuk membelek-belek komik Marvel jugak. Hairi ada geng komik Marvel. Yeay!
Mereka pun apa lagi. Bergebang pasal minat mereka yang sama tu, berkongsi hero Marvel mana yang mereka minat (Hairi suka Nightcrawler. Pakcik Mon suka Mary Jane Watson), pelukis dan penulis mana yang masing-masing suka. Pakcik Mon kemudian mengajak Hairi ke arah bahagian buku novel yang satu novel lapan ringgit tu. Pakcik Mon berhenti berdekatan satu meja pameran lalu mula mencari satu buku. Beria-ia dia mencari. Hairi tunggu melihat dari tepi. Dua tiga minit kemudian Pakcik jumpa buku tu dan menyerahkannya kepada Hairi. Pakcik Mon rekemen kat Hairi buku tu yang katanya dapat membantu dalam pencarian ilham dan penulisan lagu Hairi. Melihat cover buku tersebut, Hairi terkejut sebab cover buku tu mengingatkannya pada sesuatu.
Itulah buku yang dibeli dan dibaca Sofea. Buku yang dia capai dari rak tinggi di Kino KLCC untuk Sofea. Buku yang sama! Kalau Hairi tak silap la. Hairi menoleh kembali ke arah Pakcik Mon untuk memberitahu perkara tersebut namun Pakcik Mon tiba-tiba hilang mungkin ditelan pengunjung-pengunjung Big Bad Wolf yang ramai yang amat.
Tajuk buku tu 'Lagu'. Tulisan Deery Alysa. Canggih betul nama. Mesti nama pena, fikir Hairi. Hairi terus duduk kat satu port di penjuru barat laut dewan pameran dan start baca buku tu. Lagu. Mungkin sebab buku tu terlalu direkemen oleh Pakcik Mon yang bersemangat mencarinya, ditambah pula Sofea yang baca buku yang sama, jadi perasaan ingin tahu Hairi akan jalan cerita novel tu sangat tinggi. Lagi satu, inilah Hairi; tak akan beli pun buku tu. Walaupun dah turun harga jadi lapan ringgit. Selagi dapat barang atau peluang baca try benda free, dia manfaatkan. Entah pape perangai. Tapi tak illegal, kan?
Buku tu pasal seorang pemuzik bernama Mad yang tiba-tiba hilang sentuhan berkarya pada saat yang genting dan bak orang putih cakap, 'at his peak'. Mad jadi tertekan. (Hairi kembali rasa pelik. Jalan cerita ni sangat berkaitan dengan dirinya sekarang.) Akhirnya Mad dapat petunjuk untuk hasilkan sebuah karya agung. Dan petunjuk tu ialah sebuah kotak ajaib yang ditemui Mad di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan iaitu tempat dia mengurung diri dan mengerah idea gubah lagu.
Hairi terus berhenti baca dan menyumpah. Ada seorang budak kecik berdekatan yang sedang terbaring sambil baca buku 50 Shades of Grey terkejut dengan carutan Hairi tu. Hairi tensyen baca buku 'Lagu' tu. Novel tu sangat mengarut. Dapat ilham lepas jumpa kotak ajaib? Sangat dongeng. Few more chapters lagi nak habis tapi tak dihabiskan Hairi. Hairi menyesal baca dan kecewa sebab tak membantu sangat untuk dia carik ilham. Mati-mati dia ingatkan cadangan Pakcik Mon tu berkesan. Rupanya sia-sia. Tak guna punya Pakcik Mon. Dia letakkan balik buku tu kat meja pameran lalu berambus balik, selepas hampir satu hari duduk kat situ semata-mata baca buku pasal pemuzik saiko jumpa kotak ajaib. Baik tengok kartun Aladdin.
Sampai rumah...
...Hairi terus tidur. Gi mampuslah Brader Furu ngan demo kau. Zzz~
***
...besambung esok.
(18/6/2013)
Tq=)
No comments:
Post a Comment