Bayangkan
awak seorang pengebom berani mati nak bom satu bank sebab tertekan dengan hidup dan tidak puas hati dengan segala sistem yang tak adil di muka bumi ini.
Masuk bank dah siap ikat pakai bom kat badan. Tiba-tiba, tak sempat nak tekan
controller, ada satu geng penjenayah masuk rompak bank. Semua dijadikan tebusan
termasuk awak. Apa yang akan awak lakukan? Tekan butang pengaktifan bom, atau
jadi hero?
Bayangkan
awak seorang kanak-kanak penghidap barah. Bila-bila masa boleh mati. Permintaan
terakhir awak adalah untuk menjadi Batman. Nenek awak setuju untuk belikan satu
sut lengkap Batman untuk awak. Satu hari awak ikut teman nenek awak pergi ke
bank sebelum menuju ke kedai untuk sama-sama mencari dan membeli sut Batman.
Tiba-tiba, satu geng bertopeng masuk merompak bank itu. Semua orang dijadikan
tebusan termasuk awak. Nenek awak ditembak mati oleh salah seorang perompak
kerana cuba melawan. Awak terfikir, bila-bila masa awak boleh mati. Dan inilah
peluang terakhir dan terbaik untuk jadi Batman. Apa yang akan awak lakukan?
Bayangkan
awak salah seorang daripada geng penjenayah professional yang akan merompak
bank hari ini. Tapi awak ada agenda tersembunyi. Awak telah berpaling tadah.
Awak mahu merosakkan rancangan mereka dan membuatkan geng tersebut ditangkap
polis. Semasa berada di dalam bank tersebut, awak mengacukan pistol ke arah
ketua geng dan mengarahkannya untuk meletakkan pistolnya di atas lantai. Tiba-tiba
ada seorang budak kepala botak sepantas kilat mengambil pistol yang
ditinggalkan di atas lantai tadi dan mengacukan pistol ke arah awak. Apa yang
akan awak lakukan?
Akan datang... =)