-

Wednesday, August 22, 2012

Prebiu Projek: A Bomb, Batman and Betrayal.


Bayangkan awak seorang pengebom berani mati nak bom satu bank sebab tertekan dengan hidup dan tidak puas hati dengan segala sistem yang tak adil di muka bumi ini. Masuk bank dah siap ikat pakai bom kat badan. Tiba-tiba, tak sempat nak tekan controller, ada satu geng penjenayah masuk rompak bank. Semua dijadikan tebusan termasuk awak. Apa yang akan awak lakukan? Tekan butang pengaktifan bom, atau jadi hero?

Bayangkan awak seorang kanak-kanak penghidap barah. Bila-bila masa boleh mati. Permintaan terakhir awak adalah untuk menjadi Batman. Nenek awak setuju untuk belikan satu sut lengkap Batman untuk awak. Satu hari awak ikut teman nenek awak pergi ke bank sebelum menuju ke kedai untuk sama-sama mencari dan membeli sut Batman. Tiba-tiba, satu geng bertopeng masuk merompak bank itu. Semua orang dijadikan tebusan termasuk awak. Nenek awak ditembak mati oleh salah seorang perompak kerana cuba melawan. Awak terfikir, bila-bila masa awak boleh mati. Dan inilah peluang terakhir dan terbaik untuk jadi Batman. Apa yang akan awak lakukan?

Bayangkan awak salah seorang daripada geng penjenayah professional yang akan merompak bank hari ini. Tapi awak ada agenda tersembunyi. Awak telah berpaling tadah. Awak mahu merosakkan rancangan mereka dan membuatkan geng tersebut ditangkap polis. Semasa berada di dalam bank tersebut, awak mengacukan pistol ke arah ketua geng dan mengarahkannya untuk meletakkan pistolnya di atas lantai. Tiba-tiba ada seorang budak kepala botak sepantas kilat mengambil pistol yang ditinggalkan di atas lantai tadi dan mengacukan pistol ke arah awak. Apa yang akan awak lakukan?


Akan datang... =)