-

Tuesday, October 23, 2012

Kronologi Empat Juta: Part VI

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5



PART VI

WATAK-WATAK:

Sarah – pelacur dan ‘pembunuh upahan’. Memburu Blizo dan wang empat juta milik Blizo.
Blizo – ketua geng A. Membunuh bapa Amirah merangkap bekas ketua geng A.
Amirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh dan kini dalam kurungan Blizo.
Shahirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh. Sedang dalam usaha menyelamatkan Amirah.
Boy – kawan Shahirah. Pakar computer-hacking.

***

Sarah semakin marah. Kawan karibnya, Lily, mati dibunuh oleh geng Blizo.
Sarah mahu balas dendam untuk Lily. Sarah mahu bunuh Blizo.

Blizo menelefon nombor Fook untuk bertanyakan status misi membunuh Sarah.

Sarah yang memiliki telefon bimbit Fook menjawab telefon tersebut setelah terlihat nama Blizo di skrin telefon.
Sarah memberitahu Fook sudah mati dibunuhnya dan berkata yang Blizo akan menjadi sasaran Sarah yang seterusnya. Sarah hung up telefon.

Blizo terdiam dan tergamam.
Blizo sedikit risau dengan rancangan Sarah.
Blizo segera mengarahkan gengnya untuk memperketatkan sekuriti markas mereka.
Blizo juga mula mengesan di manakah Sarah sekarang.

***

Amirah melihat sebuah berita di TV di dalam biliknya tentang sebuah kejadian bunuh di rumah flat berdekatan.
Amirah mengecam mangsa bunuh yang dilapor oleh pemberita ialah Fook.
Berita itu kemudian menggesa jika sesiapa ada sebarang maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi satu nombor telefon balai polis daerah yang dipaparkan di skrin TV itu.
Amirah mencatat nombor tersebut.

Amirah ada idea.
Amirah perlu mendapatkan telefon milik sesiapa dari luar ‘sangkar’nya.

***

Shahirah dan Boy masih terkejut dengan kejadian di rumah flat itu.
Shahirah semakin risau tentang keselamatan Amirah.
Mereka berdua bercadang untuk terus mencari Amirah tapi kali ini dengan lebih behati-hati.
Boy seperti sudah putus asa dan mahu berundur kerana takutkan perkara tadi bakal berulang lagi.
Boy tidak mahu kena tangkap dengan polis.
Shahirah memujuk Boy untuk terus menolongnya. Boy akur dengan desakan Shahirah.

Boy tiada pilihan lain kerana dia sudah jauh terlibat dalam perkara ini.
Jika ditangkap polis, mungkin alasan dapat menyelamatkan Amirah boleh membantu Boy untuk dilepaskan.
Boy anggap inilah peluang terbaiknya untuk berbuat kebaikan dengan cara melanggar undang-undang.
Dia mahu buktikannya pada seseorang.

***

Seperti Shahirah, Amirah tidak mahu identitinya diberitahu kepada pihak polis.
Amirah tidak mahu kegiatan geng bapanya dikesan polis kerana kemungkinan Amirah juga akan dipenjarakan.
Dalam masa yang sama, Amirah mahu Blizo ditangkap polis.
Amirah mahu Blizo mati atau sekurang-kurangnya ditahan jadi Amirah boleh mengorak langkah seterusnya.
Amirah mahu memiliki kembali wang RM4 juta milik keluarganya dan lari ke negara lain untuk memulakan hidup baru.
Amirah berhak ke atas wang tersebut. Orang lain yang mahukan wangnya boleh pergi mati.

Amirah memanggil Blizo. Amirah meminta Blizo untuk meminjamkan Blackberry miliknya  kerana bosan berada di dalam biliknya tanpa buat apa-apa.
Amirah berkata dia mahu main game yang ada dalam BB Blizo.
Blizo tahu dulu Amirah suka main satu game ala2 Tetris dalam BB miliknya.
Setelah bertengkar, Blizo akhirnya bersetuju meminjamkannya tapi Blizo mengeluarkan sim card miliknya dan mendelete segala apps yang berkaitan dengan internet di dalam BB-nya.
Blizo tidak mahu Amirah menghubungi sesiapa.
Blizo juga memberi amaran kepada Amirah supaya tidak melakukan perkara yang bodoh atau dia akan dibunuh.

Amirah lega kerana dapat Blackberry milik Blizo itu.
Dalam biliknya, Amirah mengeluarkan diari miliknya dari laci meja dalam bilik itu.
Amirah mengeluarkan dari sleeve diari itu satu sim card percuma Tune Talk yang dia dapat masa pergi konsert rock baru-baru ini dengan Shahirah.
Amirah memasukkan sim card itu ke dalam BB milik Blizo.
Ada kredit percuma RM5 dan talian aktif!

***

Amirah mahu menghubungi nombor telefon polis yang tertera di kaca TV sebentar tadi.
Blizo yang bodoh kini bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman dari Sarah.
Sarah masih dalam perjalanan memburu Blizo dan wang empat juta.
Shahirah dan Boy merancang untuk pergi ke alamat kedua yang diperoleh dari pengkalan data polis hasil ‘computer-hacking’ Boy.


To be continued.

(24/10/2012)

***

Sunday, October 21, 2012

Cerita Pendek: Gergasi



GERGASI

Raman ada satu teori. Raman percaya yang realiti adalah sekadar mimpi, manakala segala apa yang dia mimpi semasa tidur adalah realiti sebenar.

Pada suatu hari, dalam ‘dunia mimpi’ Raman, dia bersiar-siar di KL. Tiba-tiba, sebuah van berhenti berdekatannya. Seorang lelaki bermuka garang memaksa Raman untuk masuk ke dalam van tersebut. Raman yang percaya dia sedang bermimpi menurut paksaan lelaki itu.

Di dalam van, seorang lelaki lain bernama Jon mencekik leher Raman dan bertanya tentang perihal wang rompakannya yang hilang, dipercayai dirompak geng Raman. Raman yang tidak tahu apa-apa, merasakan ini adalah mimpi thriller terbaik yang pernah dialaminya. Raman buat cerita dengan berkata yang wang itu kini disorok di sebuah rumah kosong. Raman memberitahu alamat rumah sebelum mereka bergerak ke situ.

Setibanya mereka di depan rumah tersebut, Raman diminta pergi mengambil wang sambil dikawal Shank, orang kanan Jon. Raman dalam hati masih teruja tentang mimpi ini. Sebenarnya dia sudah lama mahu bermimpi yang dia akan ditangkap oleh orang jahat. Raman dari dulu lagi sudah merancang penamatan menarik untuk mimpi sedemikian sekiranya terjadi. Hari ini hari ‘bertuah’ Raman.

Shank mengekori rapat-rapat dari belakang. Muncung pistolnya ditekap di pinggang Raman. Raman menuju ke sebuah bilik kosong tak bertingkap. Dalam gelap, Raman menyerang Shank dan pergelutan berlaku.

Raman berjaya merampas pistol Shank dan menembaknya sebelum menembak ahli geng Jon yang lain. Polis kemudian datang menangkap mereka. Akhirnya, Raman berjaya merealisasikan impiannya untuk menjadi hero walaupun dalam mimpi. Selepas tamat menyampaikan ucapan keperwiraannya di headquarters Polis, Ketua Polis Negara menyerahkan satu replika kunci gergasi kepada Raman. Atas jasanya membantu Polis memberkas geng Jon, Raman dihadiahkan sebuah kereta Mitsubishi polis!

***

Dalam dunia realiti kita semua…

BANG! Kedengaran satu bunyi tembakan.

Kuncu-kuncu Jon di luar terus berlari ke arah rumah itu. Mereka menemui tubuh Raman yang tertiarap di atas lantai. Kepalanya berlumuran darah. Shank sihat walafiat.


(22/10/2012)

Saturday, October 20, 2012

Air Guitar > Real Guitar > Guitar Hero's Guitar > David Guetta


This is me playing Muse's Madness solo guitar part, air guitar style! (for a contest)

Rockaway 2012 @ Sepang International Circuit (Photos)



Gerhana Ska Cinta and the lovely crowd.

8 Shades of Rockaway.

Set Your Goals

Lenses people.

Night of heavier music is coming.

Unearth and the pits.

Guess who?

Hujan.

Sunday, October 14, 2012

Some of my Demos... #5

(Lyrics can be found in each video description on Youtube.)

1. Into the Dust (2010)



2. Slowly Burning Snow (2012)



3. Blissful I Know (2012)




I think that's all from my keeping. Shared all of them (check previous posts) although there are still some other song-lyrics written but without music to be shared here. Maybe next time=) Tq!

Saturday, October 13, 2012

Some of my Demos... #4

1. Next Morning (2010)

 


2. I'm a Junkie (2009)

 


3. The Falling (2009)


Thursday, October 11, 2012

Kronologi Empat Juta: Part V

Part I
Part II
Part III
Part IV



PART V

WATAK-WATAK:

Blizo – gangster geng A. Bunuh bapak Amirah iaitu bekas ketua geng A. Sedang memburu Sarah.
Fook – orang kanan Blizo. Diarah Blizo untuk membunuh Sarah.
Amirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh Blizo. Sedang dikurung oleh Blizo.

Shahirah – anak bekas ketua geng B yang mati dibunuh. Mahu balas dendam terhadap Blizo.
Boy – kawan Shahirah. Pakar ‘computer-hacking’.

Sarah – pelacur jalanan. Disebabkan salah faham, dia diburu oleh Blizo. Juga sedang mencari wang RM4 juta yang disorok oleh Blizo.
Lily – kawan Sarah.  Bekas pelacur dan kini penagih dadah.

***

Fook semakin hampir untuk sampai di rumah Sarah.

Begitu juga dengan Shahirah dan Boy.
Mereka menuju ke rumah Sarah kerana mendapat maklumat dari hasil ‘hacking’ Boy yang rumah itu kepunyaan Blizo.
Sebenarnya, itu merupakan rumah Blizo yang pernah didudukinya dahulu.
Namun kini Blizo menyewakannya kepada Sarah kerana mahu membantunya yang baru sampai di ibu kota dari kampung suatu ketika dahulu.

Lily pula masih ‘high’ menghisap dadah di dalam rumahnya.
Dia tidak sedar bahaya sedang menuju ke arahnya.

Sarah masih tidak tahu yang Blizo dan Fook kini sedang memburunya.
Sarah tidak tahu rumahnya bakal diserbu oleh geng Blizo pada bila-bila masa.

***

Fook sudah sampai di depan rumah flat Sarah terlebih dahulu.
Dia mengeluarkan pistol silencernya dan mula menjenguk ke dalam rumah melalui tingkap.
Fook tidak nampak sesiapa di dalam dari tingkap itu. Rumah gelap.
Fook perlu pecah masuk secara senyap-senyap tanpa disedari oleh jiran berdekatan dan sesiapa di dalam rumah itu.
Fook berjaya memecah pintu itu diam-diam dan masuk ke dalam senyap-senyap. Dia menutup kembali pintu itu rapat.
Fook mula mencari sesiapa yang ada di dalam rumah itu. Dia tidak nampak sesiapa.
Fook mengambil keputusan untuk menunggu Sarah pulang ke rumah sebelum membunuhnya.
Dalam kegelapan itu, Fook duduk di atas sofa di ruang tamu untuk menunggu tanpa menyedari Lily yang sedang terbaring pengsan di sebelah sofa itu.

Lily yang terbaring kini tersedar daripada pengsan selepas terdengar bunyi Fook baru duduk di atas sofa berdekatannya.
Lily menjenguk untuk melihat siapa. Dia ternampak satu orang asing sedang duduk sambil memegang pistol.
Lily terkejut dan menyangkakan dia seorang pencuri yang baru pecah masuk.
Lily secara senyap-senyap dalam gelap merangkak menuju ke arah cabinet berdekatan yang tersimpan pistol yang baru dicurinya dari seorang polis minggu lepas.

Fook masih tidak sedar tentang pergerakan Lily di belakang sofa yang didudukinya.
Fook fokus memandang pintu rumah.
Fook terdengar suara orang sedang berbisik-bisik di depan rumahnya.

***

Shahirah dan Boy sampai di depan rumah Sarah sebaik sahaja pintu rumah ditutup rapat oleh Fook sebentar tadi.
Mereka tidak perasan kelibat Fook yang baru pecah masuk dan kini berada di dalam rumah yang gelap itu.
Shahirah mahu pecah masuk ke dalam rumah itu namun Boy tidak setuju.
Shahirah mahu juga masuk kerana tekad untuk mencari sebarang maklumat atau petanda untuk mencari kawannya Amirah. Shahirah tidak takut untuk berdepan sebarang bentuk bahaya.
Boy masih degil menghalang niat Shahirah.
Mereka bertengkar sebelum kedua-dua bersetuju untuk masuk ke dalam rumah itu.

Lily sudah mendaptkan pistolnya dari kabinet dan mengacu ke arah Fook.
Lily kemudian terdengar bunyi pintu rumahnya seeperti sedang dikopak atau dicungkil.

Boy berjaya mengopak pintu tersebut tanpa disedari jiran berdekatan.
Namun ia disedari oleh Fook yang sudah sedia menunggu mereka masuk dengan pistol sudah sedia diacu ke arah pintu masuk.
Shahirah masuk dahulu sebab Boy takut untuk masuk dahulu.

Fook sudah mahu menembak kedua-dua mereka.
Tiba-tiba, kedengaran suara ringtone telefon bimbit  berbunyi di sebelah Fook.
Fook terus memandang ke arah bunyi itu serta menghala pistolnya ke situ.
Fook ternampak cahaya skrin handphone yang bersinar walaupun terletak di dalam seluar.

Telefon bimbit Lily yang berada dalam poket seluarnya tiba-tiba berbunyi.
Lily terkejut lalu tertembak Fook di bahagian dada.

Fook yang tidak sempat mengelak terkena tembakan tersebut namun dia Berjaya menembak Lily di bahagian kepala selepas itu.
Lily mati serta merta.
Fook parah dan melepaskan pistol yang dipegangnya.

Shahirah dan Boy terkejut dan terpaku dengan kejadian itu dan terus cabut dari rumah itu.
Mereka tak nampak apa yang terjadi di depan mereka kerana rumah yang gelap.
Tetapi Shahirah ternampak cahaya skrin telefon yang tiba-tiba terpancar berdekatan lantai dan kemudian terdengar satu das tembakan kuat dan satu das tembakan yang tidak kuat.
Boy tidak nampak apa-apa kerana berada di belakang Shahirah tadi.
Mereka berjaya lari dari blok flat tersebut.

***

Sarah berasa pelik kerana panggilannya tidak dijawab Lily.
Sarah terus bergegas pulang ke rumahnya serta-merta.
Dalam perjalanannya itu, dia cuba menghubungi Lily lagi namun masih tak berjawab.

Pada masa itu, terpengsan dan terlantar di atas lantai.

Setelah sampai di perkarangan rumah flatnya.
Sarah nampak rumahnya gelap dari bawah. Sarah mula naik tangga.
Sarah fikir mungkin Lily sedang berada di luar rumah dan tak balik-balik lagi.
Dia mengeluarkan kunci rumah dari begnya.
Sebelum tiba di aras rumahnya, Sarah menghubungi Lily buat kali terakhir sebelum masuk ke rumahnya.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tembakan datang dari arah rumahnya.
Sarah tidak sedap hati terus berlari menaiki tangga dan akhirnya tiba di depan rumahnya.
Dia ternampak pintu rumahnya terbuka.
Sarah buka lampu rumahnya dan ternampak dua orang sedang terlentang di atas lantai ruang tamunya.
Sarah nampak Lily yang berdarah teruk di kepalanya dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang mengerang kesakitan.
Sarah panik. Sarah menyumpah-nyumpah mengenang nasibnya yang selalu tidak menyebelahinya hari ini.
Kemudian Sarah cam yang lelaki out adalah kuncu Blizo.
Sarah akhirnya sedar yang dia datang untuk membunuhnya kerana mungkin sebab kejadian siang tadi.
Sarah pergi berdekatan dengan mereka berdua.
Lily sah sudah mati akibat ditembak di kepala manakala Fook cuba mendapatkan pistol yang terlepas dari tangannya untuk membunuh Sarah.
Sarah yang bengang dengan kematian Lily mengambil pistol itu terlebih dahulu dan terus menembak kepala Fook. Fook mati.
Sarah terdengar bunyi siren kereta polis.
Sarah perlu segera meninggalkan tempat tersebut sebelum polis datang.
Sebelum pergi, Sarah mengambil dompet dan telefon bimbit milik Fook serta kedua-dua pistol milik Fook dan Lily.
Sarah Berjaya meniggalkan rumah flatnya sebelum polis tiba di rumahnya.

***

Shahirah dan Boy kembali ke rumah Boy dan masih terkejut dengan kejadian pelik yang berlaku tadi.
Sarah kini memiliki dua pistol dan mahu menggunakan telefon bimbit Fook untuk mengesan Blizo.
Sarah kini mahu dua benda; membunuh Blizo dan mendapatkan wang empat juta tersebut.
Blizo pula masih menanti khabar dari Fook.
Amirah masih terbaring menonton TV di dalam ‘sangkar’nya.


To be continued.

(12/10/2012)

***