-

Monday, September 24, 2012

Kronologi Empat Juta: Part I



(Mohon maaf kalau cerita pendek ni sangat memeningkan kepala korang. Memang berniat demikian. Selamat membaca!)

WATAK2:

Gangster A (taiko gangster berpengalaman. Dah kaya tapi still tamak mencuri harta)
Amirah - Anak gangster A
Blizo – orang kanan Gangster A

Gangster B (gangster yang baru berjinak-jinak dalam kancah gangster)
Shahirah - Anak gangster B
Shahid – orang kanan gangster B

***

Gangster A culik Shahirah tanpa mengetahui yang itu anak gangster B.
Pada masa yang sama, Gangster B culik Amirah tanpa mengetahui itu anak gangster A.

Gangster A dan gangster B tidak mengenali antara satu sama lain.
Amirah dan Shahirah berkawan rapat di sekolah.

***

Gangster A, melalui orang kanannya Blizo, menghubungi bapa Shahirah minta wang tebusan untuk lepaskan Shahirah.

Gangster B, melalui orang kanannya Shahid, menghubungi bapa Amirah minta wang tebusan untuk lepaskan Amirah.

Kedua-dua gangster A dan gangster B masih tak tahu identiti penculik anak mereka.

Kedua-dua gangster A dan gangster B merahsiakan penculikan anak masing-masing daripada pengetahuan ahli geng mereka.

***

Blizo, atas arahan Gangster A, minta wang tebusan RM1 juta dari gangster B untuk lepaskan Shahirah.

Gangster B, yang tidak memberitahu Shahid pasal anaknya yang kena culik, menyuruh Shahid meminta wang tebusan RM2 juta daripada Gangster A untuk melepaskan Amirah.

Gangster A menaikkan wang tebusan kepada RM3 juta.
Gangster B juga menaikkan wang tebusan kepada RM3.5 juta.

Blizo dan Shahid menjadi pelik atas arahan mengejut dan desperate bos mereka.

Akhirnya gangster A bersetuju untuk bayar wang tebusan berjumlah RM4 juta.
Gangster B juga bersetuju untuk membayar RM4 juta untuk melepaskan anaknya kesayangannya.

Gangster A sendiri pergi untuk proses penukaran wang tebusan dengan Amirah.
Shahid ditugaskan untuk mendapatkan wang daripada Gangster A sebelum melepaskan Amirah.

Kedua-dua Gangster A dan Shahid memakai topeng semasa perjumpaan tersebut.
Amirah dilepaskan. Wang tebusan selamat sampai ke tangan Gangster B.

Kemudian, Gangster B secara diam-diam pergi sendiri berjumpa Blizo untuk proses penukaran wang tebusan dengan Shahirah.
Kedua-dua mereka memakai topeng.
Proses penukaran selamat berlangsung dan Shahirah dilepaskan.
Wang RM4 juta selamat sampai kembali ke tangan Gangster A.

***

Blizo tak puas hati dan berasa pelik dengan tindakan Gangster A yang tidak mahu mengagihkan sebarang wang daripada ‘hasil’ penculikan kepada ahli-ahli geng yang lain.
Blizo menembak mati Gangster A dan merampas RM4 juta dari simpanan Gangster A.
Amirah terkejut dan keliru tak tau apa-apa.

Shahid juga tak puas hati dengan tindakan sama Gangster B yang tidak mengagihkan ‘hasil’ wang tebusan kepada ahli-ahli geng itu.
Shahid bersama ahli geng yang lain mengugut untuk membunuh Gangster B.
Tapi Gangster B memberitahu perkara yang sebenar.
Shahid yang terlalu bengang akhirnya membunuh Gangster B.
Shahirah terkejut dengan kematian ayahnya dan juga mengetahui rancangan ayahnya yang menculik
Amirah.

***

Kini Shahid mahu merampas duit RM4 juta tersebut daripada geng Gangster A.
Blizo ingin merampas duit sebanyak yang boleh daripada geng Gangster B.
Shahirah dan Amirah dalam bahaya.
Shahirah mesti menyelamatkan diri dan Amirah yang tak tahu apa-apa langsung.


THE END
Part 2 menanti...

 Tq=)
(24/9/2012)

No comments: