PART IV
WATAK-WATAK:
Blizo – ketua gangster A
Amirah – anak bekas ketua gangster A
Fook – orang kanan Blizo
Shahirah – anak bekas ketua gangster B
Boy – kawan Shahirah. Pakar ‘hacking’ computer.
Sarah – pelacur jalanan
***
Blizo ada hutang dengan Sarah.
Blizo banyak kali mendapatkan khidmat Sarah tapi tidak pernah
membayarnya.
Sarah sudah lama berdendam dengan Blizo kerana perkara itu.
Mungkin ini adalah petanda dan peluang untuknya untuk
membalas dendam terhadap Blizo.
Sarah juga tertarik dengan maklumat lokasi wang RM4 juta
yang disorokkan oleh Blizo.
Sarah mahu wang tersebut.
Sekurang-kurangnya untuk mengambil haknya daripada Blizo.
Setelah berfikir untuk beberapa ketika, Sarah mengambil
keputusan untuk memburu wang RM4 juta tersebut.
Setelah diarah Blizo untuk memburu dan membunuh Sarah, Fook
mula memburu Sarah.
Blizo memberi satu alamat rumah flat kepada Fook dipercayai
salah satu tempat Fook boleh mengesan Sarah.
Fook mula menuju ke arah flat itu seorang diri.
***
Amirah berada dalam sebuah bilik di markas geng Blizo.
Tiada sebarang alat komunikasi di dalamnya. Cuma katil, meja
dan sebuah televisyen.
Amirah asyik menonton televisyen untuk mengikuti sebarang perkembangan
semasa berkenaan kegiatan Blizo.
Blizo di luar bilik Amirah, masih terfikir-fikir apa yang
perlu dibuat dengan Amirah.
Blizo mahu membunuhnya tapi dia menyayanginya.
Blizo tahu selagi Amirah masih hidup, aktiviti jahatnya ada
kemungkinan boleh terbongkar.
***
Boy sedang memecah masuk pengkalan data pihak polis untuk
mendapatkan maklumat tentang Blizo dan geng yang pernah menculiknya sebelum
ini.
Boy akhirnya dapat mengesan profile Blizo dan beberapa maklumat
lain yang berkaitan.
Shahirah mencatat semua alamat rumah yang terletak dalam
kawasan ibu kota yang terpapar di skrin.
Shahirah mula menuju ke arah salah satu alamat tersebut.
Boy menemani Shahirah.
***
Sarah sedang menuju ke arah bangunan tinggal yang dipercayai
terletaknya wang RM4 juta yang disorokkan oleh Blizo.
Namun apa yang tidak diketahui oleh Sarah, bangunan itu
dikawal ketat oleh geng-geng Blizo.
Sarah tiba di perkarangan bangunan berkenaan.
Setelah menyedari beberapa orang yang dikenalinya sebagai
kuncu-kuncu Blizo sedang meronda kawasan itu, Sarah tidak jadi meneruskan
niatnya.
Sarah pulang ke rumahnya kerana kepenatan.
***
Lily merupakan kawan serumah Sarah.
Lily juga seorang pelacur seperti Sarah tapi lagi ‘senior’
dari Sarah.
Lily juga seorang penagih dadah yang tegar.
Lilylah yang mempengaruhi Sarah untuk terjebak dalam
aktiviti tersebut.
Kini Lily sedang berlepakan sambil menikmati juadah
marijuana di dalam rumah itu keseorangan.
Kini kesemua Sarah, Fook, Shahirah dan Boy sedang menuju ke
tempat yang sama iaitu rumah sewa Sarah.
Lily sedang ‘high’
To be continued
(9/10/2012)
***
No comments:
Post a Comment