Tekan di sini untuk Part II
PART III
WATAK-WATAK:
Blizo – Ketua gangster geng A
Amirah – Anak bekas ketua geng A
Shahirah – Anak bekas ketua geng B
Rahim – bekas ahli geng A
Sarah – seorang 'call girl' di ibu kota
***
Rahim keliru tak tahu ke mana mahu lari.
Rahim mahu keluar dari Kuala Lumpur tapi menyedari dia perlu
kembali ke markas geng A untuk mengambil barangan dan dokumen peribadinya.
Blizo, di markas baru geng A, masih mengesan jejak Rahim.
Blizo tahu Rahim tidak akan keluar dari ibu kota selagi
tidak mengambil barangannya yang kini dalam kawalan Blizo.
Amirah yang masih bersama Blizo masih buntu dan tidak tahu
berbuat apa-apa kerana dikawal ketat oleh geng-geng Blizo.
Shahirah bercadang untuk melaporkan tentang penculikan
Amirah kepada polis tetapi masih bingung untuk mengambil langkah yang sesuai.
Sarah sedang di-interviu oleh wartawan yang membuat liputan
tentang aktiviti pelacuran sekitar ibu kota.
***
Blizo Berjaya mengesan Rahim melalui maklumat kuncu-kuncunya
di sekitar ibu kota.
Blizo menghantar orang bawahannya, Fook, untuk memburu dan
membunuh Rahim.
Rahim sudah mula perasan pergerakannya diperhatikan oleh
geng-geng Blizo.
Rahim bergegas menuju ke sebuah restoran berdekatan dan
dalam keadaan terdesak, mengurung dirinya dalam sebuah tandas di restoran
tersebut.
Fook dan lain-lain tidak perasan yang Rahim memasuki
restoran tersebut namun masih berlegar-legar di kawasan sekitarnya.
Namun, Rahim masih terduduk di dalam cubicle tandas tersebut
sambil berfikir apa yang perlu dilakukan.
Kemudian Rahim ternampak satu nombor yang tertulis di
dinding cubicle tandas itu yang berayat ‘Khidmat
Pembunuh Upahan? Hubungi
017********.’
Rahim yang sangat-sangat terdesak memandang serius dengan
ayat tersebut.
Rahim terfikir mungkin ini satu pertolongan yang jatuh dari
langit.
Rahim mendapat satu idea.
Shahirah mengambil keputusan untuk tidak melaporkan diri
kepada polis dan nekad untuk mengesan Amirah seorang diri.
Shahirah juga mahu membalas dendam terhadap ketua geng A dan
ahli geng yang lain yang menyebabkan ayahnya terbunuh.
Shahirah mula mencari maklumat mengenai penculiknya iaitu
Blizo dengan bantuan kawan hacker-nya, Boy.
***
Sarah baru selesai di-interviu sebelum mendapat panggilan dari
nombor yang tidak dikenalinya.
Sarah mendapat pelanggan baru yang mahu bertemu dengannya
secepat yang mungkin.
Sarah menuju ke sebuah restoran seperti yang diminta oleh
pelanggannya itu.
Fook ternampak seorang wanita yang sangat familiar masuk ke
dalam sebuah restoran.
Fook tertanya-tanya siapakah wanita tersebut namun Blizo
menghubunginya untuk bertanyakan status pemburuan Rahim.
Sarah bertemu dengan Rahim yang sedang duduk di salah sebuah
meja makan di restoran itu.
Rahim tidak mengetahui yang Sarah sebenarnya seorang pelacur
dan menganggapnya seorang pembunuh upahan wanita yang handal.
Sarah tidak mengetahui yang Rahim sebenarnya bukan mahu
melanggan khidmatnya.
Rahim bertanya secara indirect tentang bayaran yang
dikenakan oleh Sarah.
Sarah menjawab RM200 untuk ‘kepala’.
Rahim yang salah anggap RM200 adalah untuk satu kepala yang
dibunuh terus bersetuju dengan tawaran tersebut.
Sarah bertanyakan bila dan di mana.
Rahim memberikan sebuah sampul surat mengandungi maklumat tersebut
serta identiti orang yang mahu dia bunuh menggunakan ‘khidmat’ Sarah.
Sarah yang salah anggap Rahim mahu menghantarnya untuk
melacurkan dirinya kepada kawannya bersetuju dan mengambil sampul surat itu
tanpa membacanya terlebih dahulu.
Rahim membayar wang RM200 kepada Sarah sebelum tergesa-gesa
beredar.
Sarah berasa pelik tindakan pelanggan barunya itu.
Sarah mula membuka sampul surat itu dan terkejut apabila
menemui foto Blizo, orang yang pernah melanggan khidmatnya dahulu.
Kemudian Sarah tedengar bunyi tembakan di luar restoran.
Orang ramai menjerit.
Sarah keluar dan terlihat Rahim terlentang di atas tanah dan
kepalanya berlumuran darah disebabkan tembakan.
Sarah panik dan tergamam.
Sarah beredar dari situ dan menuju ke tandas restoran tadi
kerana mahu termuntah.
Fook berjaya mengesan Rahim dan terus membunuhnya sebelum Berjaya
melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang bukti.
Fook memaklumkan perkara itu kepada Blizo.
Blizo berpuas hati dan dendamnya telah terbalas.
Kini Blizo sedang berfikir untuk berbuat apa dengan Amirah.
***
Di dalam cubicle tandas yang sama yang digunakan Rahim tadi,
Sarah menguncikan diri dan terduduk.
Sarah risau jika apa yang diberikan oleh Rahim tadi ada
kaitan dengan kejadian tembakan itu.
Sarah akhirnya mengeluarkan kesemua kertas yang terdapat di
dalam sampul surat itu dan mula membacanya.
Dalam dokumen itu terkandung maklumat tentang Blizo, orang-orang
bawahan Blizo, lokasi markas geng A, lokasi wang RM4 juta yang disorok oleh
Blizo dan banyak lagi.
Sarah bingung kenapa semua ini diberikan kepadanya oleh
Rahim.
Kemudian, Sarah ternampak ayat ‘Pembunuh Upahan…’ yang
tertulis di dinding cubicle itu.
Sarah sangat-sangat terkejut kerana memang dia ada menulis
nombor telefonnya di tandas itu tapi ayat ‘Pembunuh Upahan’ bukan ditulis
olehnya.
Sarah tahu ada orang lain yang memadam tulisannya dan
menukar perkataan khidmatnya kepada ‘Pembunuh Upahan’.
Sarah menjadi semakin marah dan bingung.
Sarah sudah faham yang Rahim mengupah ‘khidmatnya’ untuk
membunuh Blizo dang geng-gengnya yang lain.
***
Fook akhirnya teringat tentang wanita yang memasuki restoran
tempat Rahim dibunuh.
Fook ingat yang itu ialah Sarah, pelacur yang pernah
dibawanya menemui Blizo untuk khidmat pelacurannya.
Fook segera menghubungi Blizo dan memberitahu tentang
perkara itu.
Blizo mengarahkan Fook agar Sarah juga perlu dibunuh kerana
takutkan Sarah mungkin mengetahui tentang pembunuhan Rahim dan
aktiviti-aktiviti geng Blizo.
Fook mula memburu Sarah.
Sarah sedang merancang apa yang perlu dilakukan.
Blizo bercadang untuk membunuh Amirah.
Shahirah perlu cepat bertindak untuk menyelamatkan Amirah.
Kemahiran dan kepantasan ‘hacking’ Boy sangat ditagih oleh
Shahirah.
To be continued.
(3/10/2012)
***
***
No comments:
Post a Comment