Part II
Part III
Part IV
PART V
WATAK-WATAK:
Blizo – gangster geng A. Bunuh bapak Amirah iaitu bekas
ketua geng A. Sedang memburu Sarah.
Fook – orang kanan Blizo. Diarah Blizo untuk membunuh Sarah.
Amirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh Blizo.
Sedang dikurung oleh Blizo.
Shahirah – anak bekas ketua geng B yang mati dibunuh. Mahu
balas dendam terhadap Blizo.
Boy – kawan Shahirah. Pakar ‘computer-hacking’.
Sarah – pelacur jalanan. Disebabkan salah faham, dia diburu
oleh Blizo. Juga sedang mencari wang RM4 juta yang disorok oleh Blizo.
Lily – kawan Sarah. Bekas pelacur dan kini penagih dadah.
***
Fook semakin hampir untuk sampai di rumah Sarah.
Begitu juga dengan Shahirah dan Boy.
Mereka menuju ke rumah Sarah kerana mendapat maklumat dari
hasil ‘hacking’ Boy yang rumah itu kepunyaan Blizo.
Sebenarnya, itu merupakan rumah Blizo yang pernah
didudukinya dahulu.
Namun kini Blizo menyewakannya kepada Sarah kerana mahu
membantunya yang baru sampai di ibu kota dari kampung suatu ketika dahulu.
Lily pula masih ‘high’ menghisap dadah di dalam rumahnya.
Dia tidak sedar bahaya sedang menuju ke arahnya.
Sarah masih tidak tahu yang Blizo dan Fook kini sedang memburunya.
Sarah tidak tahu rumahnya bakal diserbu oleh geng Blizo pada
bila-bila masa.
***
Fook sudah sampai di depan rumah flat Sarah terlebih dahulu.
Dia mengeluarkan pistol silencernya dan mula menjenguk ke
dalam rumah melalui tingkap.
Fook tidak nampak sesiapa di dalam dari tingkap itu. Rumah
gelap.
Fook perlu pecah masuk secara senyap-senyap tanpa disedari
oleh jiran berdekatan dan sesiapa di dalam rumah itu.
Fook berjaya memecah pintu itu diam-diam dan masuk ke dalam
senyap-senyap. Dia menutup kembali pintu itu rapat.
Fook mula mencari sesiapa yang ada di dalam rumah itu. Dia
tidak nampak sesiapa.
Fook mengambil keputusan untuk menunggu Sarah pulang ke
rumah sebelum membunuhnya.
Dalam kegelapan itu, Fook duduk di atas sofa di ruang tamu
untuk menunggu tanpa menyedari Lily yang sedang terbaring pengsan di sebelah
sofa itu.
Lily yang terbaring kini tersedar daripada pengsan selepas
terdengar bunyi Fook baru duduk di atas sofa berdekatannya.
Lily menjenguk untuk melihat siapa. Dia ternampak satu orang
asing sedang duduk sambil memegang pistol.
Lily terkejut dan menyangkakan dia seorang pencuri yang baru
pecah masuk.
Lily secara senyap-senyap dalam gelap merangkak menuju ke arah
cabinet berdekatan yang tersimpan pistol yang baru dicurinya dari seorang polis
minggu lepas.
Fook masih tidak sedar tentang pergerakan Lily di belakang
sofa yang didudukinya.
Fook fokus memandang pintu rumah.
Fook terdengar suara orang sedang berbisik-bisik di depan
rumahnya.
***
Shahirah dan Boy sampai di depan rumah Sarah sebaik sahaja
pintu rumah ditutup rapat oleh Fook sebentar tadi.
Mereka tidak perasan kelibat Fook yang baru pecah masuk dan
kini berada di dalam rumah yang gelap itu.
Shahirah mahu pecah masuk ke dalam rumah itu namun Boy tidak
setuju.
Shahirah mahu juga masuk kerana tekad untuk mencari sebarang
maklumat atau petanda untuk mencari kawannya Amirah. Shahirah tidak takut untuk
berdepan sebarang bentuk bahaya.
Boy masih degil menghalang niat Shahirah.
Mereka bertengkar sebelum kedua-dua bersetuju untuk masuk ke
dalam rumah itu.
Lily sudah mendaptkan pistolnya dari kabinet dan mengacu ke arah
Fook.
Lily kemudian terdengar bunyi pintu rumahnya seeperti sedang
dikopak atau dicungkil.
Boy berjaya mengopak pintu tersebut tanpa disedari jiran
berdekatan.
Namun ia disedari oleh Fook yang sudah sedia menunggu mereka
masuk dengan pistol sudah sedia diacu ke arah pintu masuk.
Shahirah masuk dahulu sebab Boy takut untuk masuk dahulu.
Fook sudah mahu menembak kedua-dua mereka.
Tiba-tiba, kedengaran suara ringtone telefon bimbit berbunyi di sebelah Fook.
Fook terus memandang ke arah bunyi itu serta menghala
pistolnya ke situ.
Fook ternampak cahaya skrin handphone yang bersinar walaupun
terletak di dalam seluar.
Telefon bimbit Lily yang berada dalam poket seluarnya tiba-tiba
berbunyi.
Lily terkejut lalu tertembak Fook di bahagian dada.
Fook yang tidak sempat mengelak terkena tembakan tersebut
namun dia Berjaya menembak Lily di bahagian kepala selepas itu.
Lily mati serta merta.
Fook parah dan melepaskan pistol yang dipegangnya.
Shahirah dan Boy terkejut dan terpaku dengan kejadian itu
dan terus cabut dari rumah itu.
Mereka tak nampak apa yang terjadi di depan mereka kerana
rumah yang gelap.
Tetapi Shahirah ternampak cahaya skrin telefon yang
tiba-tiba terpancar berdekatan lantai dan kemudian terdengar satu das tembakan kuat
dan satu das tembakan yang tidak kuat.
Boy tidak nampak apa-apa kerana berada di belakang Shahirah
tadi.
Mereka berjaya lari dari blok flat tersebut.
***
Sarah berasa pelik kerana panggilannya tidak dijawab Lily.
Sarah terus bergegas pulang ke rumahnya serta-merta.
Dalam perjalanannya itu, dia cuba menghubungi Lily lagi
namun masih tak berjawab.
Pada masa itu, terpengsan dan terlantar di atas lantai.
Setelah sampai di perkarangan rumah flatnya.
Sarah nampak rumahnya gelap dari bawah. Sarah mula naik
tangga.
Sarah fikir mungkin Lily sedang berada di luar rumah dan tak
balik-balik lagi.
Dia mengeluarkan kunci rumah dari begnya.
Sebelum tiba di aras rumahnya, Sarah menghubungi Lily buat
kali terakhir sebelum masuk ke rumahnya.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tembakan datang dari arah
rumahnya.
Sarah tidak sedap hati terus berlari menaiki tangga dan
akhirnya tiba di depan rumahnya.
Dia ternampak pintu rumahnya terbuka.
Sarah buka lampu rumahnya dan ternampak dua orang sedang
terlentang di atas lantai ruang tamunya.
Sarah nampak Lily yang berdarah teruk di kepalanya dan
seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang mengerang kesakitan.
Sarah panik. Sarah menyumpah-nyumpah mengenang nasibnya yang
selalu tidak menyebelahinya hari ini.
Kemudian Sarah cam yang lelaki out adalah kuncu Blizo.
Sarah akhirnya sedar yang dia datang untuk membunuhnya
kerana mungkin sebab kejadian siang tadi.
Sarah pergi berdekatan dengan mereka berdua.
Lily sah sudah mati akibat ditembak di kepala manakala Fook
cuba mendapatkan pistol yang terlepas dari tangannya untuk membunuh Sarah.
Sarah yang bengang dengan kematian Lily mengambil pistol itu
terlebih dahulu dan terus menembak kepala Fook. Fook mati.
Sarah terdengar bunyi siren kereta polis.
Sarah perlu segera meninggalkan tempat tersebut sebelum
polis datang.
Sebelum pergi, Sarah mengambil dompet dan telefon bimbit
milik Fook serta kedua-dua pistol milik Fook dan Lily.
Sarah Berjaya meniggalkan rumah flatnya sebelum polis tiba
di rumahnya.
***
Shahirah dan Boy kembali ke rumah Boy dan masih terkejut
dengan kejadian pelik yang berlaku tadi.
Sarah kini memiliki dua pistol dan mahu menggunakan telefon
bimbit Fook untuk mengesan Blizo.
Sarah kini mahu dua benda; membunuh Blizo dan mendapatkan
wang empat juta tersebut.
Blizo pula masih menanti khabar dari Fook.
Amirah masih terbaring menonton TV di dalam ‘sangkar’nya.
To be continued.
(12/10/2012)
***
***
No comments:
Post a Comment