Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
PART VI
WATAK-WATAK:
Sarah – pelacur dan ‘pembunuh upahan’. Memburu Blizo dan
wang empat juta milik Blizo.
Blizo – ketua geng A. Membunuh bapa Amirah merangkap bekas
ketua geng A.
Amirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh dan kini
dalam kurungan Blizo.
Shahirah – anak bekas ketua geng A yang mati dibunuh. Sedang
dalam usaha menyelamatkan Amirah.
Boy – kawan Shahirah. Pakar computer-hacking.
***
Sarah semakin marah. Kawan karibnya, Lily, mati dibunuh oleh
geng Blizo.
Sarah mahu balas dendam untuk Lily. Sarah mahu bunuh Blizo.
Blizo menelefon nombor Fook untuk bertanyakan status misi
membunuh Sarah.
Sarah yang memiliki telefon bimbit Fook menjawab telefon
tersebut setelah terlihat nama Blizo di skrin telefon.
Sarah memberitahu Fook sudah mati dibunuhnya dan berkata
yang Blizo akan menjadi sasaran Sarah yang seterusnya. Sarah hung up telefon.
Blizo terdiam dan tergamam.
Blizo sedikit risau dengan rancangan Sarah.
Blizo segera mengarahkan gengnya untuk memperketatkan
sekuriti markas mereka.
Blizo juga mula mengesan di manakah Sarah sekarang.
***
Amirah melihat sebuah berita di TV di dalam biliknya tentang
sebuah kejadian bunuh di rumah flat berdekatan.
Amirah mengecam mangsa bunuh yang dilapor oleh pemberita
ialah Fook.
Berita itu kemudian menggesa jika sesiapa ada sebarang
maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi satu nombor telefon balai polis
daerah yang dipaparkan di skrin TV itu.
Amirah mencatat nombor tersebut.
Amirah ada idea.
Amirah perlu mendapatkan telefon
milik sesiapa dari luar ‘sangkar’nya.
***
Shahirah dan Boy masih terkejut dengan kejadian di rumah
flat itu.
Shahirah semakin risau tentang keselamatan Amirah.
Mereka berdua bercadang untuk terus mencari Amirah tapi kali
ini dengan lebih behati-hati.
Boy seperti sudah putus asa dan mahu berundur kerana
takutkan perkara tadi bakal berulang lagi.
Boy tidak mahu kena tangkap dengan polis.
Shahirah memujuk Boy untuk terus menolongnya. Boy akur
dengan desakan Shahirah.
Boy tiada pilihan lain kerana dia sudah jauh terlibat dalam
perkara ini.
Jika ditangkap polis, mungkin alasan dapat menyelamatkan
Amirah boleh membantu Boy untuk dilepaskan.
Boy anggap inilah peluang terbaiknya untuk berbuat kebaikan dengan
cara melanggar undang-undang.
Dia mahu buktikannya pada seseorang.
***
Seperti Shahirah, Amirah tidak mahu identitinya diberitahu
kepada pihak polis.
Amirah tidak mahu kegiatan geng bapanya dikesan polis kerana
kemungkinan Amirah juga akan dipenjarakan.
Dalam masa yang sama, Amirah mahu Blizo ditangkap polis.
Amirah mahu Blizo mati atau sekurang-kurangnya ditahan jadi
Amirah boleh mengorak langkah seterusnya.
Amirah mahu memiliki kembali wang RM4 juta milik keluarganya
dan lari ke negara lain untuk memulakan hidup baru.
Amirah berhak ke atas wang tersebut. Orang lain yang mahukan
wangnya boleh pergi mati.
Amirah memanggil Blizo. Amirah
meminta Blizo untuk meminjamkan Blackberry miliknya kerana bosan berada di dalam
biliknya tanpa buat apa-apa.
Amirah berkata dia mahu main
game yang ada dalam BB Blizo.
Blizo tahu dulu Amirah suka main
satu game ala2 Tetris dalam BB miliknya.
Setelah bertengkar, Blizo
akhirnya bersetuju meminjamkannya tapi Blizo mengeluarkan sim card miliknya dan
mendelete segala apps yang berkaitan dengan internet di dalam BB-nya.
Blizo tidak mahu Amirah
menghubungi sesiapa.
Blizo juga memberi amaran kepada
Amirah supaya tidak melakukan perkara yang bodoh atau dia akan dibunuh.
Amirah lega kerana dapat
Blackberry milik Blizo itu.
Dalam biliknya, Amirah mengeluarkan
diari miliknya dari laci meja dalam bilik itu.
Amirah mengeluarkan dari sleeve
diari itu satu sim card percuma Tune Talk yang dia dapat masa pergi konsert
rock baru-baru ini dengan Shahirah.
Amirah memasukkan sim card itu ke
dalam BB milik Blizo.
Ada kredit percuma RM5 dan talian
aktif!
***
Amirah mahu menghubungi nombor telefon polis yang tertera di
kaca TV sebentar tadi.
Blizo yang bodoh kini bersiap sedia menghadapi sebarang
ancaman dari Sarah.
Sarah masih dalam perjalanan memburu Blizo dan wang empat
juta.
Shahirah dan Boy merancang untuk pergi ke alamat kedua yang diperoleh
dari pengkalan data polis hasil ‘computer-hacking’ Boy.
To be continued.
(24/10/2012)
***
***
No comments:
Post a Comment