-

Wednesday, September 12, 2012

Bastian Kaki Mosh

Bastian orang Jerman. Dia kaki konsert yang tegar. Banyak festival konsert di Jerman, terutamanya konsert heavy metal yang dia tak pernah miss pergi. Dia juga kuat moshing. Moshing di konsert heavy metal di Jerman adalah aktiviti kegemaran Bastian. Moshing di sana sangat hardcore dan merbahaya. Kali pertama Bastian berjinak-jinak untuk bermoshing, dia terpaksa dikejarkan ke hospital akibat patah tangan. Semua gara-gara dia tidak tahu cara bermoshing dengan betul. Sekarang sudah lain. Dia antara veteran 'mosher' di Jerman. Semua bentuk mosh yang kejam dan ganas sudah dipelajari dan dipraktik. Dialah Raja Mosh di Jerman.

Walaupun dia hebat bermoshing di konsert-konsert heavy metal, dia bukanlah penggemar muzik-muzik sedemikian. Dia hanya datang ke sana untuk sekadar bermoshing-moshing. Moshing umpama aktiviti jogging bagi dirinya.

Bastian, Raja Moshing. Bak kata kawan-kawannya. Bastian baru berumur 17 tahun.

Pada suatu hari, Bastian mendapat berita yang familinya kena pindah ke Kuala Lumpur, Malaysia kerana urusan kerja. Jadi seluruh ahli keluarganya termasuk Bastian bakal menetap di Malaysia untuk jangka masa lama yang tidak diketahui sampai bila. Bastian sedih sebab bakal meninggalkan aktiviti moshing di konsert heavy metal.

Minggu kedua di Malaysia, Bastian mula survey konsert-konsert yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur. Bastian ketagih dan rindukan scene konsert. Dia ketagih untuk mosh. Akhirnya dia ternampak satu poster konsert yang akan dilangsungkan di KL. Poster tersebut berbahasa Melayu tapi designnya agak 'heavy metal'. Jadi Bastian beranggapan ia memang poster gig heavy metal dan ambil keputusan untuk pergi sorang-sorang.

Pada hari gig tersebut berlangsung, Bastian datang, beli tiket dan masuk. Dia pelik sebab suasana gig ini sangat berbeza dengan gig-gig heavy-metal di Jerman. Bastian tertanya-tanya adakah ini konsert heavy metal atau bukan. 3 saat kemudian dia ternampak ada remaja yang memakai t-shirt Metallica. Bastian lega. At least, kehadiran fan Metallica di situ membuktikan dia at least fan rock. Bastian berada di tempat yang betul. Band pertama start performing. Lagu yang agak keras tapi berbahasa Melayu. Orang-orang di sebelah Bastian menjerit-jerit perkataan seperti 'Hujan', 'Noh' dan lain-lain. Bastian tak sabar-sabar untuk mosh.

Seminit kemudian, penyanyi utama band tersebut berkata sesuatu kepada crowd, seperti menyuruh mereka semua untuk get ready to mosh, tafsir Bastian tanpa bertanya orang sebelah. Ah lantaklah, aku mau mosh.
Inilah masanya. Dari Jerman ke Malaysia. Raja Mosh Jerman bakal muncul kembali. Penyanyi utama buat countdown. Three... Two... One! Muzik gitar berdentum kuat dan Bastian...

Sejam kemudian, Bastian diikat jamin dari Balai Polis Taman Melawati. Bapak Bastian, Muller memarahi Bastian dan memberi amaran supaya tidak pergi ke mana-mana konsert di Malaysia lagi.

58 minit sebelum itu, Bastian bermoshing gila seorang diri. Dirinya seperti dirasuk. Orang ramai disekeliling lari bertempiaran, termasuk band di atas stage. Mosh Bastian itu menyebabkan lebih kurang 3 orang tercedera akibat terkena sepakan dan tumbukan Bastian semasa dia bermoshing seorang diri. Tiga minit selepas itu, baru Bastian berhenti dan terkejut melihat apa yang terjadi. Bastian pelik. Tempat crowd hampir kosong dengan beberapa orang terbaring. Muzik dah lama berhenti. Tak lama selepas itu, Bastian ditahan oleh abang-abang sekuriti dan diserahkan kepada pihak polis. Bastian bingung.

Selepas insiden itu, Bastian mula membenci Malaysia. Dia rindu Jerman sangat-sangat. Dia mahu pulang. Dia kini membuang masanya dengan duduk di rumah selepas pulang dari Sekolah Antarabangsa kat Ampang. Dia tak nak berkawan dengan orang-orang di sini, walaupun orang tu berasal dari Jerman jugak.

Bastian hanya mahu bermoshing. 'Lembut betul scene gig metal kat sini.' 'Kat Malaysia, aku bukan Raja Mosh.' 'Aku rindu Rock Am Ring!'


No comments: