Sinopsis:
Ada 6 karakter dalam filem ni;
Sidi - penulis novel misteri
Man - kawan serumah Sidi
Wani - Isteri kepada Khai.
Khai - Seorang doktor dan laki Wani.
Pak Abu - Pengusaha resort tanpa TV
Siti - bini muda Pak Abu yang cun.
Sidi sedang menghabiskan penulisan novel misteri terbarunya namun mengalami
writer's block ketika hampir di garisan penamat. Ini membuatkan Sidi yang memang jenis meresap tekanan sekeliling, semakin tertekan. Man, kawan karibnya, mengajak Sidi untuk lari dari tekanan tersebut dengan bercuti di sebuah resort tanpa televisyen.
Pada masa yang sama, Wani, bekas peguam (peguam conveyancing rasanya), sedang mengalami
depression memanjang dan asyik duduk di rumahnya sahaja. Dr. Khai yang sangat risau dengan keadaan Wani mengajak isterinya itu keluar bercuti untuk me
releasekan tekanannya itu. Cuba teka di mana; resort tanpa televisyen yang sama!
Wani juga peminat novel-novel yang ditulis oleh Sidi. Kebetulan atau...
Maka, bertemulah Sidi dengan pasangan suami isteri ini di resort tersebut. Di sana mereka bertemu dengan pengusaha resort tanpa televisyen, Pak Abu serta bini mudanya, Siti.
Pada suatu hari, kejadian yang tidak diingini berlaku...
Dah tu je boleh cerita. Tengok sendiri kat wayang.
Rebiu:
Aku suka filem ni.
Genre sebegini tak banyak keluar di wayang. Kalau ada pun mesti akan jadi agak bodoh sebab ada unsur mistik atau komedi. Filem tempatan
genre psycho-thriller yang terakhir aku tengok rasanya ermm... apa yek? Bunohan kot. (Tu
psycho-thriller ke?) So, Psiko Pencuri Hati ni sangat dialu-alukan walaupun aku tengok promosi dan sambutan penonton kurang. Terima kasih kepada pandangan Sofia Jane yang dikongsi kat Twitter yang jadi
main reason aku nak tengok filem ni kat wayang. Berguna jugak Twitter ni.
Kenapa aku suka filem ni? Pertama, filem ini lebih kepada
character-study jenis punya cerita. Kita kena nilai setiap karakter dari awal sampai habis untuk betul-betul 'dapatkan' keseluruhan jalan cerita dan apa-apa yang kita nak cari daripada filem ni. Macam baca komik Detektif Conan atau Penyiasat Remaja, tapi penonton sendirilah yang jadi Conan atau Hajime Kidaichi. Kena fokus sikit. Aku ni suka jawab teka-teki, so...
Tak boleh tidur. Baru lepas tengok The Conjuring.
Kedua, hampir kesemua pelakon dalam movie ni berkesan dalam setiap karakter yang dibawa, terutamanya trio utama; Bront Palarae, Syarifah Amani dan Syed Hussain. Lain-lain karakter pun at some point buat aku terfikir, 'eh dia ni bla bla bla ke.' Contoh. Direktor pandai guna dan eksploit karakter la senang cakap.
Ketiganya,
the ending. Okay, ada sesetengah benda yang aku dah boleh
expect dari awal lagi (mungkin ini masalah besar filem ni) dan ada sesetengah plot penting yang agak typical. The execution by the director on these could be better. Tapi babak yang paling penting sekali yang terletak kat the very end of the movie dirasakan sebagai pem
balance keadaan. Babak inilah yang akan buat kita
appreciate more dan akan buat kita berfikir lepas habis tengok filem ni. Susah nak dapatkan elemen ni dalam filem tempatan yang lain.
Secara keseluruhannya, Psiko Pencuri Hati tidaklah sempurna tapi tidaklah teruk. Sebuah filem yang bagus untuk ditonton oleh mereka yang mahukan kelainan dalam
local movie scene dan untuk mereka yang mahukan sesuatu yang boleh mengasah kebolehan
analytic thinking atau menyerabutkan minda secara sukarela.
Kepada Nam Ron, terima kasih. Sila buat filem macam ni lagi.
3.5/5 stars.
Asal ada scene camni je aku teringat 500 Days of Summer.
(Untunglah Pak Abu...)