Part I
Part II
Part III
Part IV
Part V
Part VI
PART VII
WATAK-WATAK:
Sarah – pelacur/’pembunuh upahan’. Semakin hampir ke markas
Blizo untuk membunuhnya.
Blizo – ketua geng gangster A. Masih menjejaki Sarah untuk
membunuhnya. Kebetulan.
Shahirah – anak ketua geng B yang mati dibunuh. Masih
bersama Boy mencari Amirah yang diculik.
Amirah – anak ketua geng A yang juga mati dibunuh. Masih
dalam kurungan Blizo di markasnya.
Boy – Membantu kawannya Shahirah untuk mencari Amirah.
Spector – Karakter misteri terakhir. Sebab ni episod
terakhir.
Sarah tiba di ‘markas A’ seperti dalam alamat yang diberi
Rahim tapi kawasan itu kini, masih dalam kawalan polis.
(Markas A adalah markas
asal Blizo sebelum berpindah ke tempat yang baru sebelum diserbu polis.)
Sarah ternampak ada kawasan construction di sebelah bangunan
itu. Bunyi bising jentera-jentera construction sangat kuat.
Sarah teringat semasa menjawab panggilan dari Blizo, dia
tidak terdengar langsung sebarang bunyi bising.
Jadi Sarah beranggapan Blizo kini berada di suatu tempat
lain.
Sarah memeriksa kembali alamat-alamat yang ada dalam sampul
surat yang diberikan kepadanya.
Ada tiga alamat: alamat ‘markas A’, alamat lokasi wang empat
juta yang disinggahinya semalam dan satu lagi alamat yang belum ditujui.
Sarah kini menuju ke alamat ketiga tersebut.
***
Amirah masih teragak-agak untuk menelefon nombor telefon
polis tersebut.
Amirah masih memikirkan cara dan masa sesuai untuk
menelefon.
Amirah tidak mahu ditahan polis.
Blizo di luar bilik terasa lapar dan dia mahu memesan Domino
Pizza.
Salah seorang kuncunya bekerja di Domino Pizza jadi Blizo
tidak kisah untuk buat pesanan secara ‘delivery’ direct ke markasnya.
Blizo menelefon Domino Pizza dan membuat pesanan sebelum
menelefon rakannya di sana untuk membuat hantaran. Setel.
Shahirah dan Boy menuju ke alamat kedua yang diperoleh dari
pengkalan sulit Polis.
Boy masih risau jika ditangkap kerana dia takut untuk
memalukan seseorang yang dia sayang.
Shahirah tetap berani untuk menyelamatkan Amirah dari Blizo
tanpa pertolongan polis.
Boy mula mempersoalkan mengapa begitu nekad dan
bersungguh-sungguh Shahirah mahu menyelamatkan Amirah sehingga sanggup menuju
ke markas orang jahat tanpa sebarang senjata.
***
Spector merupakan seorang pegawai polis yang diberi tugas
untuk mengetuai satu siasatan kes tembakan di flat rumah baru-baru ini.
Kebetulan dia juga sedang memburu saki-baki geng A dan geng
B. Blizo berada dalam di atas personal list Most Wanted-nya.
Spector masih tidak mengetahui salasilah famili geng A dan
geng B.
Kini Spector sedang bersungguh-sungguh menjejaki mereka
menggunakan sebarang maklumat yang ada sementara menunggu sebarang maklumat
yang baru yang boleh membantu.
Sarah tiba di lokasi seperti dalam alamat ketiga.
Sarah berada lebih kurang 100 meter dari pagar masuk.
Sarah perhati kawasan itu dikawal oleh beberapa orang
dipercayai kuncu Blizo.
Blizo pasti berada di dalam bangunan.
Sarah mencari jalan untuk masuk.
Sarah sudah memegang erat kedua-dua pistol yang dirampasnya.
Dia mahu menyerang masuk dan menembak kesemua mereka ala-ala
Alice dalam filem Resident Evil.
Tiba-tiba, Sarah ternampak ada satu motor pizza delivery
yang disorong, bukan ditunggang oleh penunggangnya. Sarah berasa pelik.
Sarah masih bersembunyi dan terdengar penunggang itu sedang
berbual menerusi handphonenya.
Suara perempuan tapi gaya cakap kasar macam mat rempit.
Minah tu sedang bercakap dengan seseorang mengatakan yang
motornya rosak ketika hampir sampai dan memohon maaf kepada orang dalam
panggilan itu yang direfernya sebagai ‘bos’.
Sarah akhirnya sedar yang orang ini adalah orang bawahan
Blizo.
Sarah ada satu idea baik.
Ketika motor itu sudah dekat dengan tempat Sarah menyorok, dalam
gelap , Sarah cepat-cepat menyerang minah tu dari belakang.
Blizo menyuruh anak buahnya yang mengawal pagar masuk
membenarkan penghantar pizza itu masuk dan terus berjumpa dengannya di pejabat.
***
Sarah yang memakai pakaian dan helmet minah yang diserangnya
tadi dengan konfiden melintasi semua kuncu-kuncu Blizo sambil memegang plastik
pizza yang dipesan Blizo.
Akhirnya Sarah memasuki bilik di mana Blizo sedang menunggu.
Tiada orang lain di dalam bilik itu kecuali Blizo.
Sebelum Blizo sempat berkata-kata, Sarah dengan cepat
mengunci bilik itu dari dalam dan terus mengacukan pistol yang disorok dalam
kotak pizza ke arah Blizo.
Blizo terkejut dan tak sempat buat apa-apa.
Sarah menyuruh Blizo supaya senyap dan tidak berbuat
apa-apa.
Amirah terdengar dari dalam bilik kurungannya suara seorang
perempuan.
Amirah pergi menekapkan telinganya di pintu untuk mendengar
dengan lebih jelas.
Blizo merayu agar Sarah, pelacur yang pernah dilanggannya,
tidak membunuhnya.
Blizo menawar wang kepada Sarah untuk melepaskannya.
Sarah berkata yang dia mahu wang empat juta milik Blizo.
Sarah mengugut Blizo untuk memberitahu di mana lokasi wang
itu disorokkan.
Sarah juga meminta Blizo menelefon kuncu-kuncunya di sana
untuk beredar supaya Sarah boleh mengambil duit itu tanpa sebarang gangguan.
Amirah mendengar dengan teliti.
Wang itu kepunyaan keluarga Amirah.
Amirah mahu tahu lokasi di mana wang itu disorokkan.
Sarah masih tidak tahu Amirah berada dalam bilik tersebut.
Sarah memaksa Blizo untuk menelefon kuncu-kuncunya terlebih
dahulu.
Sarah kini mengacukan pistolnya kea rah kemaluan Blizo.
Blizo yang terdesak terus menelefon anak buahnya di bangunan
tempat wang empat juta itu disorok.
Blizo mengarahkan kesemua gengnya di situ untuk beredar dan kembali
ke markas.
Setelah habis buat panggilan, Sarah menembak Blizo
menggunakan pistol silencernya.
Blizo mati serta-merta.
Orang-orang Blizo di luar bilik masih tidak mengetahui apa
yang berlaku di dalam.
Sarah puas dapat membunuh Blizo. Dia berjaya balas dendam
untuk Lily.
Sekarang Sarah mahu mengambil wang empat juta tersebut.
Sebelum Sarah keluar dari pintu bilik, Amirah menjerit
meminta tolong.
Sarah terkejut. Dia pergi ke arah sebuah pintu bilik di
belakang meja di pejabat itu lalu membukanya.
Sarah menemui Amirah di dalam.
Sarah yang sedikit menggelabah mengacukan pistol ke arah
Amirah.
Amirah menerangkan siapakah dirinya.
Amirah juga memberitahu yang wang itu miliknya.
Amirah menerangkan jika Sarah sampai di bangunan tempat wang
itu disorokkan pun, dia tidak akan jumpa di mana exactly wang itu disorokkan.
Hanya Amirah dan Blizo yang tahu.
Sarah pada mulanya tidak mempercayai Amirah.
Tapi akhirnya Sarah meletakkan pistol dan berkata yang dia
sebenarnya tidak kisah tentang wang tersebut. Apa yang dia kisah, Blizo sudah
mati.
Sarah berkata Amirah boleh mengambil wang itu kesemuanya.
Amirah bersetuju tapi dia memberitahu Sarah yang dia juga
perlu keluar dari bangunan itu dengan selamat.
Amirah memberitahu rancangannya kepada Sarah;
- Amirah dan Sarah akan berganti pakaian
masing-masing.
- Sarah akan dikunci di dalam bilik tempat Amirah
dikurung oleh Blizo manakala Amirah akan berlagak keluar seperti penghantar pizza
sambil memakai helmet tanpa diketahui orang lain di situ.
- Sebelum Amirah keluar dari bilik itu, Amirah
akan menghubungi nombor telefon polis yang tertera di kaca televisyen tadi
menggunakan telefon ber-sim card Tune Talk miliknya.
- Amirah akan berpura-pura memberitahu polis yang
dia kini dalam culikan geng Blizo dan dia bila-bila masa akan dibunuh.
- Setelah memberitahu lokasi panggilan dibuat,
Amirah akan menghancurkan telefon tersebut dengan menggunakan pistol milik
Sarah.
- Handphone yg hancur akan ditinggalkan di sebuah bilik
bersebelahan bilik Amirah dikurung tadi.
- Kononnya, setibanya polis sampai di tempat
kejadian, Amirah telah dibunuh dan mayatnya ‘hilang’ entah ke mana. Polis hanya
akan menemui handphone yang hancur tersebut di mana sim-cardnya dibiarkan elok
untuk tujuan bukti yang kabur.
- Kemudian, polis akan menemui Sarah yang
terkurung di bilik bersebelahan menandakan Blizo menculik lebih dari seorang
perempuan selain Amirah.
- Sarah yang ‘tidak tahu apa-apa’ dan tidak ada
kaitan langsung dengan geng tersebut akan dibebaskan setelah disiasat di balai polis
kelak.
- Jika rancangan ini berjaya, kedua-dua Amirah dan
Sarah akan bebas. Situasi menang/menang.
Sarah bersetuju dengan rancangan ini.
Sebelum Amirah mengunci Sarah dalam bilik kurungan dari luar,
Sarah menyerahkan kedua-dua pistolnya kepada Amirah sebagai langkah
berjaga-jaga.
Amirah berterima kasih kepada Sarah. Sarah juga berterima
kasih kepada Amirah.
Amirah berkata jika kesemuanya berjaya dan Sarah sudah bebas
dari sebarang pengawasan pihak polis, Amirah meminta Sarah pergi ke tempat wang
empat juta disorok dan memintanya mengingati perkataan ‘BEBAS’.
Masing-masing mengucapkan selamat
maju jaya sebelum Amirah mengunci bilik kurungan Sarah.
***
Shahirah dan Boy tiba di lokasi seperti dalam alamat.
Lokasi itu ilaah bangunan tempat wang empat juta disorok.
Tiada siapa-siapa di situ kerana kesemua kuncu-kuncu Blizo
sudah diarah balik ke markas.
Shahirah dan Boy beranggapan Amirah ada di dalam bangunan
tersebut.
Mereka senyap-senyap masuk ke dalam.
Polis tiba di markas geng Blizo dan memberkas kesemua
ahli-ahli geng Blizo yang sememangnya amat terkejut dengan serbuan tersebut.
Sebelum itu, Amirah telah selamat cabut dari lokasi serbuan.
Kini Amirah sudah berada di bangunan yang terletaknya wang
milik family Amirah. Wang miliknya.
Sedang Amirah menuju ke tempat spesifik wang itu disorokkan,
Amirah ternampak kawannya Shahirah dan seorang mamat yang tidak dikenali.
Ketiga-tiga mereka terkejut.
Amirah menceritakan segala-galanya dan memberitahu kepada Shahirah
yang dirinya akan selamat jika dia berada di luar negara.
Amirah mengajak Shahirah, yang juga ada kemungkinan diburu
pihak Polis, untuk mengikutnya lari ke luar negara dan membina hidup baru di
mana-mana.
Shahirah bersetuju. Mereka berdua pernah bercadang semasa di
sekolah untuk bercuti di Eropah dan inilah masanya. Bercuti untuk
selama-lamanya di sana.
Amirah akhirnya mengambil wang empat juta yang disorokkan di
dalam sebuah tempat yang memang orang takkan sangka barang akan ditemui di situ.
Duit itu akan dibawa lari ke luar negara bersama Shahirah.
Amirah juga memberikan beberapa ikatan wang RM100 kepada Boy
yang banyak membantu Shahirah untuk mencarinya.
Shahirah mengharapkan Boy dapat merahsiakan plan mereka lari
ke luar negara.
Boy berjanji tidak akan membongkarkannya.
Mereka bertiga beredar dari bangunan tersebut.
Amirah dan Shahirah pergi menghilangkan diri entah ke mana
bersama-sama.
Boy pula pulang ke rumahnya seperti tidak ada apa-apa yang
berlaku sepanjang hari tersebut.
Boy, semasa berjalan bertentangan dari mereka, dari jauh ternampak
Amirah dan Shahirah berciuman dan berpelukan antara satu sama lain.
‘Laa lesbian rupanya diorang ni. Patutla Shahirah
bersungguh-sungguh carik Amirah.’
Spector akhirnya tiba di pejabat markas Blizo.
Spectorlah orang yang menerima panggilan dari situ yang
dibuat oleh seorang perempuan yang tidak diketahui identitinya.
Spector dan beberapa anggota polis yang lain menemui Sarah
yang dikurung di dalam sebuah bilik kecil dalam bilik pejabat itu.
Sarah berlakon trauma seperti diculik dan tidak mengetahui
apa-apa.
Sarah dibawa pasukan medik keluar dari bilik tersebut.
Spector menemui mayat Blizo, orang yang dah lama diburunya.
Spector juga menemui sebuah telefon yang hancur.
Spector hanya menemui satu sahaja pistol iaitu pistol milik
Blizo yang kemas tak terusik berada di dalam poket sut Blizo. Tiada senjata
lain.
Spector tak jumpa mana gerangan perempuan yang buat
panggilan tadi.
Spector bingung. TIdak banyak bukti atau klu yang ditemui.
Spector tensyen lalu keluar dari lokasi.
Keesokan harinya, Spector menyoal siasat Sarah di ibu
pejabat Polis di ibu kota.
Sebarang jawapan Sarah tidak membantu apa-apa.
Spector beranggapan Sarah diculik pada malam kawannya Lily
dibunuh oleh kuncu Blizo.
Itu sahaja yang boleh Spector andaikan. Tiada sebarang
maklumat lain yang membantu.
Sarah bagitahu yang dia tak tahu langsung tentang perempuan
lain yang diculik selain daripadanya.
Spector jadi lagi bingung dan bengang.
Sarah dilepaskan.
***
Sarah menuju ke bangunan tinggal dan teringat perkataan ‘Bebas’
yang diingatkan oleh Amirah.
Sarah menemui satu tulisan grafitti di dinding yang tertulis
perkataan ‘Bebas’.
Sarah mula mencari sesuatu di situ.
Akhirnya Sarah menemui satu department kecil tersorok di
bawah perkataan Bebas itu.
Sarah menemui gumpalan wang yang ditinggalkan Amirah serta
satu nota yang tertulis ‘TQ’.
Sarah kira dia dapat dalam satu juta ringgit.
Sarah tersenyum happy dan beredar.
***
Spector pulang ke rumah emaknya di kampung untuk singgah bercuti
sebentar.
Dia yang pening perlu masa berehat dari terus menyiasat
kesnya.
Spector teruja menemui adiknya yang sudah lama tidak
dijumpainya.
Mereka berdua duduk bersebelahan di ruang tamu menonton
televisyen.
Spector sebenarnya tahu adiknya, Boy, banyak kali buat
jenayah cyber tapi dia sering kali cover perkara itu kerana terlalu sayangkan
Boy.
Tapi segala cover up tu dirahsiakan dari Boy.
Spector percaya satu hari nanti Boy boleh berubah menjadi
lebih baik.
Boy pula masih merahsiakan maklumat mengenai Amirah dan
Shahirah, maklumat yang boleh membantu langkah Spector seterusnya bagi memburu
saki-baki geng A dan B.
Dan Boy tidak tahu abangnya itu menyiasat kes berkenaan.
Kedua-dua mereka memulakan perbualan biasa antara abang dan
adik.
THE END
***