-

Sunday, June 30, 2013

Cerpen: Lagu (Finale)

 Part VIII (Finale)
*Demo for Brader Furu: due 3 hari lagi!*

Hairi akhirnya dapat jugak ilham untuk hasilkan tiga lagi buah lagu demo untuk diserahkan kepada Brader Furu, sebagai tambahan kepada satu lagu yang sudah dihasilkan dua tiga hari lepas. Hairi kini gigih menghabiskan penulisan dan rakaman keempat-empat lagu tersebut. Tiga lagu baru itu datang dari tiga lirik lagu atau sajak tulisan Hairi ketika dia masih di sekolah rendah. Tiga sajak terbaik pilihan arwah Cikgu Deman, cikgu kesayangannya.

Sajak pertama adalah tentang persoalan kepada diri sendiri Hairi; adakah dia semasa tua nanti masih kekal sebagai Hairi yang sama atau sudah berubah menjadi orang yang lain personalitinya? Ini mengingatkan Hairi kepada 'Pakcik Mon' yang ditemuinya dua kali sebelum ini. Personaliti mereka sama. Yang berbeza cuma usia. Persoalan (agak) terjawab: Pakcik Mon ialah Hairi semasa tua! Namun Hairi tahu orang tua itu sebenarnya tidak wujud pun dan hanya merupakan salah satu khayalan petunjuk yang membawanya ke rumah Makcik Rohayu. Seperti hantu yang mengganggu Hairi bertujuan untuk membawanya kepada kotak simpanan arwah Cikgu Deman yang merungkai segala persoalan.

Sajak kedua adalah pasal kehidupan seorang gadis yang cekal menghadapi hidup selepas mengharungi dugaan putus cinta. Namun kadang-kadang dia jadi vulnerable kerana dia juga merupakan manusia biasa. Ini mengingatkan Hairi pada 'Sofea'. Hairi juga percaya Sofea hanyalah satu lagi khayalan 'lagu menjadi hidup' yang membawanya menemui Makcik Rohayu. Sebab tu Hairi asyik gagal menghubungi Sofea. Sofea tak wujud sebenarnya.  Sofea tu hantu. Sofea hanyalah sebuah lagu. Hairi sedikit frust.

Sajak ketiga adalah pasal seekor kucing yang comel sebab Hairi memang dari kecil sukakan kucing. Dia pernah membela seekor kucing jalanan semasa dia kecil. Tapi pada suatu hari, kucing tersebut tiba-tiba hilang dari perkarangan rumah Hairi. Sebab tu Hairi menulis sajak pasal kucing. (Salah satu line dalam sajak kucing tu, Hairi cakap yang sebenarnya kucing ni merupakan bangsa makhluk asing yang hanya menunggu masa untuk takluk Bumi.) Ini mengingatkannya pada kucing berbulu cantik yang selalu dia jumpa sebelum ini, Django, yang menjadi khayalan petunjuk terakhir yang membawanya kepada Makcik Rohayu. Django tak kelihatan lagi semenjak Hairi tiba di perkarangan rumah Makcik Rohayu.

Hairi juga sedar yang buku 'Lagu' tulisan Deery Alysa itu besar kemungkinan tidak pernah wujud dan juga merupakan satu lagi khayalan. Hairi terus berasa pelik dan takut tapi pada masa yang sama, dia berasa bersemangat kembali untuk menghasilkan lagu dari tiga karya 'agung' miliknya seperti yang dikatakan oleh arwah Cikgu Deman. Kesemua benda pelik yang berlaku ini mungkin berlaku untuk menyuntik semangat Hairi untuk menghabiskan demo empar lagu tu, walaupun agak tahyul untuk dipercayai oleh orang lain kalau Hairi kongsi balik cerita dia tu. 

Hairi mahu banggakan arwah Cikgu Deman dengan menghasilkan demo lagu menggunakan ketiga-tiga sajak tulisannya itu.

***
5 bulan kemudian...

Kini, Hairi merupakan seorang pemuzik solo yang mula dikenali ramai. Demo 4 lagu yang dihasilkannya beberapa bulan lepas mula mendapat perhatian ramai.

Suatu hari, Hairi dijemput menjadi opening act untuk gig John Mayer di KL Live. Sebelum menyanyikan lagu terakhir iaitu lagu ciptaannya yang bertajuk 'Sofea' (lagu tulisannya yang bukan berasal dari tiga sajak pilihan arwah Cikgu Deman), Hairi menceritakan kepada audience yang lagu itu adalah mengenai seorang gadis cantik yang ditemuinya di sebuah kedai buku tapi tidak sempat untuk dia meluahkan perasaannya kepada gadis itu sebelum mereka terputus contact buat satu jangka masa yang panjang. Akhirnya, mereka bertemu sekali lagi dan kali ini, dia sempat meluahkan perasaan cintanya dan mereka terus bersama selamanya. (Ada crowd yang boo kat Hairi sebab ceritanya terlalu jiwang. Hairi tak kisah. Mampus kaulah, troll.)

Hairi menulis lagu tersebut dengan harapan sekali lagi sebuah lagu tulisannya mejadi realiti. 

Dia mahu kembali bertemu dengan Sofea.


***

Dua bulan kemudian, Hairi membuat persembahan di sebuah festival muzik terkenal di Jakarta. Setelah tamat sesi persembahannya, dia diserbu sekumpulan jurnalis dari media Indonesia untuk ditemuramah. Sedang gigih ditemubual, Hairi perasan yang salah satu daripada mereka itu mukanya seperti Sofea. Hati Hairi terhenti sejenak. Mukanya betul-betul macam Sofea tapi yang ini berslang Indo. Dan sedikit lagi lawa. Macam Luna Maya.

Hairi bertanyakan nama gadis Indo itu.

Dia menjawab...



...'Deery Alysa, dari majalah Lagu.'


THE END
***

(30/6/2013)

Tq=)

No comments: